Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 9:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Raja Daud bertitah kepadanya, “Jangan takut. Beta akan bermurah hati kepadamu kerana Yonatan, bapamu. Beta akan memberi engkau semula semua tanah yang dahulu dimiliki datukmu Raja Saul. Kamu akan sentiasa dijemput makan di meja beta.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Kemudian berkatalah Daud kepadanya: “Janganlah takut, kerana aku pasti akan menunjukkan kasihku kepadamu demi Yonatan, ayahmu. Aku akan mengembalikan kepadamu segala ladang Saul, datukmu, dan engkau akan selalu makan di mejaku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Raja Daud bertitah kepadanya, “Jangan takut. Beta akan bermurah hati kepadamu kerana Yonatan, bapamu. Beta akan memberi engkau semula semua tanah yang dahulu dimiliki datukmu Raja Saul. Kamu akan sentiasa dijemput makan di meja beta.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 9:7
32 Iomraidhean Croise  

Ketika mereka dibawa ke dalam rumah Yusuf, mereka takut dan berfikir, “Kita dibawa ke sini kerana wang yang di dalam karung kita pada masa kita datang ke sini dahulu. Mereka akan menangkap kita dengan tiba-tiba, lalu mengambil keldai kita dan menjadikan kita abdi.”


Dia menjawab, “Jangan takut. Jangan khuatir. Allah kamu, yang disembah bapa kamu, sudah memasukkan wang itu ke dalam karung kamu. Aku sudah menerima pembayaran kamu untuk gandum itu.” Kemudian dia membawa Simeon kepada mereka.


Aku sudah memberikan kerajaan Saul dan isteri-isterinya kepadamu. Bahkan engkau sudah Aku jadikan raja Israel dan Yehuda. Jika semuanya ini masih belum cukup, tentu Aku akan memberi engkau sebanyak dua kali ganda lagi.


Semua keluarga ayahanda hamba seharusnya dihukum mati oleh tuanku, tetapi tuanku membenarkan hamba makan di istana. Sekarang hamba tidak berani meminta apa-apa lagi daripada tuanku.”


Raja bertitah, “Sudahlah! Beta telah mengambil keputusan bahawa kamu dan Ziba akan mewarisi segala harta Raja Saul.”


Raja bertitah kepadanya, “Ikutlah beta ke Yerusalem. Nanti beta akan menyediakan segala keperluanmu di sana.”


Oleh sebab Raja Daud dan Yonatan sudah bersumpah kepada satu sama lain, Raja Daud tidak menyerahkan Mefiboset anak Yonatan, cucu Raja Saul, kepada mereka.


Pada suatu hari Raja Daud bertanya, “Adakah sesiapa daripada keluarga Raja Saul yang masih hidup? Jika ada beta hendak berbuat baik kepadanya demi Yonatan.”


Kamu, anak-anakmu dan hamba-hambamu, mesti mengusahakan tanah itu untuk keluarga tuanmu, dan berikanlah hasil tanah itu kepada mereka untuk mencukupi keperluan mereka. Tetapi Mefiboset akan sentiasa makan di meja beta.” (Ziba mempunyai lima belas orang anak lelaki dan dua puluh orang hamba.)


Ziba menjawab, “Hamba akan melaksanakan segala perintah tuanku.” Oleh itu Mefiboset makan bersama-sama raja, seperti salah seorang putera Raja Daud sendiri.


Demikianlah Mefiboset yang cacat kedua-dua kakinya itu tinggal di Yerusalem dan sentiasa makan di meja raja.


Raja bertanya lagi kepadanya, “Adakah sesiapa daripada keluarga Raja Saul yang masih hidup, supaya beta dapat berbuat baik kepadanya menurut janji beta kepada Allah?” Ziba menjawab, “Masih ada seorang anak lelaki Yonatan. Dia tempang.”


Tetapi hendaklah engkau berlaku baik terhadap anak-anak Barzilai, orang Gilead itu. Tanggunglah keperluan mereka kerana mereka baik terhadap beta ketika beta melarikan diri daripada abangmu Absalom.


Raja Yoyakhin tidak lagi memakai pakaian penjara dan baginda makan di meja raja seumur hidup baginda.


Mereka berkata, “Dia sakit teruk sekali dan tidak akan bangun dari katilnya lagi.”


Raja Yoyakhin dibenarkan mengganti pakaian penjaranya, dan juga dibenarkan makan di meja raja seumur hidupnya.


“Pada masa dahulu, Aku memberikan perintah ini kepada umat-Ku, ‘Kamu mesti berlaku adil, baik hati, dan berbelas kasihan kepada sesama kamu.


Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini.


Kamu akan makan minum dengan Aku dan memerintah bersama-sama Aku pada waktu Aku menjadi raja. Kamu akan duduk di atas takhta untuk memerintah dua belas suku Israel.”


Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam rumahnya lalu makan bersama-sama dia dan dia makan bersama-sama Aku.


Taatilah TUHAN dan abdikan diri kepada-Nya dengan setia dan dengan sepenuh hati. Ingatlah akan perbuatan besar yang sudah dilakukan-Nya untuk kamu.


tunjukkanlah kesetiaanmu terhadap keturunanku sampai selama-lamanya. Setelah TUHAN membinasakan semua musuhmu,


Tinggallah bersama dengan aku dan janganlah takut. Raja Saul ingin membunuh kamu, tetapi baginda ingin membunuh aku juga. Oleh itu, kamu akan aman di tempatku.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan