Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 9:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada suatu hari Raja Daud bertanya, “Adakah sesiapa daripada keluarga Raja Saul yang masih hidup? Jika ada beta hendak berbuat baik kepadanya demi Yonatan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Berkatalah Daud, “Masih adakah orang yang tinggal daripada keluarga Saul? Maka aku akan menunjukkan kasihku kepadanya demi Yonatan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada suatu hari Raja Daud bertanya, “Adakah sesiapa daripada keluarga Raja Saul yang masih hidup? Jika ada beta hendak berbuat baik kepadanya demi Yonatan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 9:1
15 Iomraidhean Croise  

Aku bersedih keranamu, hai Yonatan, saudaraku. Alangkah baiknya engkau terhadapku! Alangkah mulianya kasihmu terhadapku, bahkan lebih mulia daripada kasih wanita.


Oleh sebab Raja Daud dan Yonatan sudah bersumpah kepada satu sama lain, Raja Daud tidak menyerahkan Mefiboset anak Yonatan, cucu Raja Saul, kepada mereka.


Raja Daud bertitah kepadanya, “Jangan takut. Beta akan bermurah hati kepadamu kerana Yonatan, bapamu. Beta akan memberi engkau semula semua tanah yang dahulu dimiliki datukmu Raja Saul. Kamu akan sentiasa dijemput makan di meja beta.”


Tetapi hendaklah engkau berlaku baik terhadap anak-anak Barzilai, orang Gilead itu. Tanggunglah keperluan mereka kerana mereka baik terhadap beta ketika beta melarikan diri daripada abangmu Absalom.


Jangan lupa akan sahabatmu atau sahabat bapamu. Ketika kamu dalam kesusahan, jangan pergi ke rumah saudaramu; jiran yang dekat dapat lebih menolong kamu daripada saudara yang jauh.


Ingatlah! Sesiapa yang memberikan minuman walaupun hanya air sejuk kepada salah seorang pengikut-Ku yang paling hina kerana dia pengikut-Ku, akan menerima pahalanya.”


Raja itu akan menjawab, ‘Ketahuilah, manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku!’


Ingatlah! Sesiapa yang memberi kamu minuman kerana kamu pengikut Kristus, pasti akan menerima pahalanya.”


Inilah kesimpulannya: Hendaklah kamu semua seia sekata dan seperasaan. Hendaklah kamu saling mengasihi seperti orang yang bersaudara, dan hendaklah kamu saling berbelas kasihan dan bersikap rendah hati.


Kemudian Yonatan berkata kepada Daud, “Semoga Allah menyertai engkau. TUHAN akan memastikan agar kita dan keturunan kita selalu memegang perjanjian kita berdua di hadapan-Nya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan