Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 8:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Selepas itu Raja Daud mengalahkan Hadadezer anak Rehob, raja di Zoba di negeri Siria. Pada masa itu Hadadezer sedang dalam perjalanan pulang untuk memulihkan kekuasaannya di wilayah hulu Sungai Efrat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Daud juga mengalahkan Hadadezer anak Rehob, Raja Zoba, pada waktu dia pergi untuk memulihkan kekuasaannya di Sungai Efrat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Selepas itu Raja Daud mengalahkan Hadadezer anak Rehob, raja di Zoba di negeri Siria. Pada masa itu Hadadezer sedang dalam perjalanan pulang untuk memulihkan kekuasaannya di wilayah hulu Sungai Efrat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 8:3
15 Iomraidhean Croise  

Pada masa itu juga TUHAN membuat perjanjian dengan Abram. TUHAN berfirman, “Aku berjanji akan memberikan seluruh tanah ini kepada keturunanmu, mulai dari sempadan negeri Mesir hingga Sungai Efrat,


Orang Siria sedar bahawa mereka telah dikalahkan oleh orang Israel, maka mereka mengumpulkan semua tentera mereka.


Raja Hadadezer memanggil tentera Siria yang berada di sebelah timur Sungai Efrat. Mereka datang ke Helam di bawah pimpinan Sobakh, panglima tentera Raja Hadadezer dari Zoba.


Apabila raja-raja yang di bawah kuasa Raja Hadadezer sedar bahawa mereka sudah dikalahkan oleh orang Israel, raja-raja itu berdamai dengan orang Israel dan takluk ke bawah kuasa mereka. Sejak itu orang Siria tidak lagi berani membantu orang Amon.


Kemudian orang Amon sedar bahawa mereka sudah menjadikan Raja Daud musuh mereka. Oleh itu mereka mengupah askar-askar orang Siria: 20,000 orang yang tinggal di Bet-Rehob dan Zoba, dan 12,000 orang dari Tob, serta raja negeri Maakha bersama dengan 1,000 orang anak buahnya.


Kerajaan Raja Salomo meliputi semua negeri dari Sungai Efrat sampai ke Filistea dan sempadan negeri Mesir. Penguasa negeri-negeri itu membayar ufti kepada Raja Salomo, dan mereka takluk kepada baginda sepanjang hayatnya.


Kemudian Raja Daud mengalahkan Raja Hadadezer, pemerintah di Zoba dekat wilayah Hamat di negeri Siria. Pada masa itu Raja Hadadezer dalam perjalanan untuk menguasai wilayah dekat hulu Sungai Efrat.


Raja Salomo merebut daerah Hamat dan Zoba,


Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Bunga Bakung Kesaksian. Mazmur Raja Daud,


Kerajaannya meluas dari laut ke laut, dari Sungai Efrat hingga ke hujung bumi.


Aku akan menetapkan sempadan negeri kamu dari Teluk Akaba ke Sungai Efrat, dan dari Laut Tengah hingga ke padang gurun. Aku akan memberi kamu kuasa terhadap penduduk negeri itu, dan kamu akan mengusir mereka apabila kamu mara.


Segala tanah yang kamu pijak akan menjadi milik kamu. Wilayah kamu akan terbentang luas, bermula dari padang gurun di selatan sampai ke Pergunungan Lebanon di utara, dan dari Sungai Efrat di timur sampai ke Laut Tengah di barat.


Setelah Raja Saul menjadi raja Israel, baginda berperang dengan semua musuhnya di mana-mana: orang Moab, Amon, dan Edom; raja negeri Zoba dan orang Filistin. Di mana sahaja Raja Saul berperang, baginda selalu menang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan