Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 8:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Kemudian Raja Daud mengalahkan orang Moab. Baginda menyuruh orang tawanannya berbaring di atas tanah, lalu baginda membunuh dua orang daripada tiap-tiap tiga orang. Oleh itu orang Moab takluk kepada Raja Daud dan membayar ufti kepadanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Raja Daud juga mengalahkan orang Moab. Dia menyuruh mereka berbaring di tanah lalu mengukur mereka dengan tali. Barisan orang sepanjang dua ukuran tali itu dibunuh manakala barisan yang sepanjang satu ukuran tali dibiarkan hidup. Kemudian orang Moab menjadi hamba Daud dan harus mempersembahkan ufti kepadanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Kemudian Raja Daud mengalahkan orang Moab. Baginda menyuruh orang tawanannya berbaring di atas tanah, lalu baginda membunuh dua orang daripada tiap-tiap tiga orang. Oleh itu orang Moab takluk kepada Raja Daud dan membayar ufti kepadanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 8:2
22 Iomraidhean Croise  

Selain itu penduduknya digiring dan disuruh membawa gergaji, cangkul besi, kapak besi, lalu mereka dipaksa bekerja di tempat pembuatan batu bata. Perkara itu dilakukannya juga kepada penduduk kota-kota Amon yang lain. Selepas itu Raja Daud dan semua tenteranya kembali ke Yerusalem.


Kemudian Raja Daud mendirikan perkhemahan tentera di dalam wilayah mereka, lalu mereka takluk dan membayar ufti kepada baginda. TUHAN memberi Raja Daud kemenangan di mana sahaja baginda berperang.


Kerajaan Raja Salomo meliputi semua negeri dari Sungai Efrat sampai ke Filistea dan sempadan negeri Mesir. Penguasa negeri-negeri itu membayar ufti kepada Raja Salomo, dan mereka takluk kepada baginda sepanjang hayatnya.


Setelah Raja Ahab dari Israel mangkat, negeri Moab memberontak terhadap Israel.


Pada masa itu Raja Salmaneser dari Asyur berperang dengan Raja Hosea. Raja Hosea menyerah kepada Raja Salmaneser dan membayar ufti kepadanya tiap-tiap tahun.


Raja Daud juga mengalahkan orang Moab sehingga mereka takluk dan membayar ufti kepadanya.


Orang Amon membayar ufti kepada Raja Uzia, dan baginda menjadi sangat berkuasa sehingga namanya termasyhur sampai ke Mesir.


Gilead dan Manasye adalah kepunyaan-Ku, Efraim topi besi-Ku, dan Yehuda tongkat pemerintahan-Ku.


Bangsa asing meromok ketakutan di hadapanku, dan taat apabila mendengar perintahku.


Tetapi Moab hanya tempat pembasuhan-Ku; kepada Edom Aku lemparkan kasut-Ku, sebagai tanda bahawa Edom milik-Ku. Adakah orang Filistin berfikir bahawa mereka akan bersorak kerana mengalahkan Aku?”


Dari kediaman-Nya yang suci, Allah berfirman, “Aku akan bersorak dan membahagi-bahagikan tanah Sikhem, dan mengagihkan Lembah Sukot kepada umat-Ku.


Mereka bersetuju dengan sebulat suara untuk bergabung menentang Engkau:


Jangan dengarkan Raja Hizkia. Raja Asyur memerintahkan kamu supaya keluar dari kota dan menyerah diri. Kamu semua akan dibenarkan makan buah anggur dari pokok anggur kamu sendiri, dan buah ara dari pokok ara kamu sendiri, dan minum air dari perigi kamu sendiri,


Aku melihat masa hadapan, aku nampak bangsa Israel. Daripada bangsa itu, seorang raja datang, raja itu seperti bintang cemerlang, yang muncul daripada Israel. Dia akan membinasakan para pemimpin Moab, dan menghancurkan semua orang Set.


Tetapi ada beberapa orang jahat yang berkata, “Mana mungkin orang ini akan berguna bagi kita?” Mereka menghina Raja Saul dan tidak memberikan hadiah kepadanya, tetapi Raja Saul berpura-pura tidak tahu.


Setelah Raja Saul menjadi raja Israel, baginda berperang dengan semua musuhnya di mana-mana: orang Moab, Amon, dan Edom; raja negeri Zoba dan orang Filistin. Di mana sahaja Raja Saul berperang, baginda selalu menang.


Dari gua itu Daud pergi ke Mizpa di negeri Moab. Dia berkata kepada raja Moab, “Tolonglah benarkan ibu bapa hamba tinggal dengan tuanku sehingga hamba tahu kehendak Allah untuk hamba.”


Oleh itu Daud membawa ibu bapanya kepada raja negeri Moab, dan mereka tinggal di sana selama Daud bersembunyi di gua.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan