Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 8:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Beberapa waktu kemudian, Raja Daud menyerang orang Filistin lagi. Baginda mengalahkan mereka dan merebut tanah mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Setelah itu, Daud mengalahkan orang Filistin dan menakluki mereka. Lalu dia merebut kota Meteg-amah daripada tangan orang Filistin itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Beberapa waktu kemudian, Raja Daud menyerang orang Filistin lagi. Baginda mengalahkan mereka dan merebut tanah mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 8:1
14 Iomraidhean Croise  

Semua orang Israel di seluruh negeri bertengkar sesama sendiri. Mereka berkata satu sama lain, “Raja Daud telah menyelamatkan kita daripada musuh. Baginda telah menyelamatkan kita daripada orang Filistin. Tetapi sekarang baginda telah melarikan diri daripada Absalom dan meninggalkan negeri ini.


Yoab dan Abisai terus mengejar Abner. Apabila matahari terbenam mereka sampai di Bukit Ama, yang terletak di sebelah timur Giah, di jalan menuju ke kawasan gurun Gibeon.


Engkau menyelamatkan aku daripada umat yang memberontak, dan menjadikan aku pemerintah bangsa-bangsa; bangsa yang tidak aku kenal kini menjadi rakyatku.


Apabila orang Filistin mengetahui bahawa Raja Daud telah dilantik menjadi raja Israel, tentera mereka keluar untuk menangkap baginda. Tetapi apabila Raja Daud mendengar hal itu, baginda pergi berlindung di sebuah tempat yang berkubu.


Raja Daud menurut perintah TUHAN dan baginda berjaya mengalahkan orang Filistin dari Geba sampai ke Gezer.


Aku telah menyertai engkau ke mana saja engkau pergi, dan Aku telah mengalahkan musuhmu ketika engkau bertempur. Sekarang Aku akan menjadikan engkau termasyhur seperti pemimpin-pemimpin terkemuka di dunia.


Aku menghancurkan mereka sehingga mereka menjadi seperti debu yang ditiup angin; aku memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan.


ketika baginda memerangi orang Aram-Mesopotamia dan orang Aram-Zoba, dan ketika Yoab pulang dan membunuh 12,000 orang Edom di Lembah Masin.


Dari kediaman-Nya yang suci, Allah berfirman, “Aku akan bersorak dan membahagi-bahagikan tanah Sikhem, dan mengagihkan Lembah Sukot kepada umat-Ku.


Kerana beriman, mereka mengalahkan negeri-negeri. Mereka melakukan apa yang benar. Oleh itu mereka menerima apa yang dijanjikan oleh Allah. Mereka menutup mulut singa,


memadamkan api yang dahsyat, dan menyelamatkan diri daripada tikaman pedang. Mereka lemah, tetapi menjadi kuat; mereka perkasa dalam peperangan dan mengalahkan pasukan-pasukan bangsa asing.


Demikianlah orang Filistin dikalahkan. Selama Samuel hidup, TUHAN mencegah orang Filistin menceroboh kawasan Israel.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan