Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Aku telah menyertai engkau ke mana saja engkau pergi, dan Aku telah mengalahkan musuhmu ketika engkau bertempur. Sekarang Aku akan menjadikan engkau termasyhur seperti pemimpin-pemimpin terkemuka di dunia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Aku telah menyertai engkau ke mana-mana pun engkau pergi dan telah melenyapkan semua musuhmu daripada hadapanmu. Aku akan membuat namamu besar, seperti nama orang besar yang ada di bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Aku telah menyertai engkau ke mana saja engkau pergi, dan Aku telah mengalahkan musuhmu ketika engkau bertempur. Sekarang Aku akan menjadikan engkau termasyhur seperti pemimpin-pemimpin terkemuka di dunia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:9
23 Iomraidhean Croise  

Aku akan memberi engkau keturunan yang banyak dan mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memberkati engkau dan menjadikan namamu termasyhur, sehingga engkau menjadi berkat bagi bangsa-bangsa.


Selepas TUHAN menyelamatkan Daud daripada Raja Saul dan musuh-musuhnya yang lain, Daud menyanyikan lagu ini bagi TUHAN:


Engkau memberi aku kekuatan untuk menyerang musuhku, dan kuasa untuk menembusi pertahanan mereka.


Aku menghancurkan mereka, sehingga mereka menjadi seperti debu; Aku memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan.


Raja Daud anak Isai adalah orang yang dijadikan orang besar oleh Allah, dan telah dilantik menjadi raja oleh Allah Yakub. Raja Daud telah menggubah banyak lagu yang indah bagi Israel, dan inilah ucapan baginda yang terakhir:


Raja Daud semakin lama semakin kuat kerana TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa menolong baginda.


Raja Daud menjadi lebih termasyhur selepas baginda kembali daripada membunuh 18,000 orang Edom di Lembah Asin.


Raja Daud mendirikan perkhemahan tenteranya di seluruh tanah Edom, dan penduduk di situ takluk kepada baginda. TUHAN memberikan kemenangan kepada Raja Daud di mana sahaja baginda berperang.


Kemudian Raja Daud mendirikan perkhemahan tentera di dalam wilayah mereka, lalu mereka takluk dan membayar ufti kepada baginda. TUHAN memberi Raja Daud kemenangan di mana sahaja baginda berperang.


Aku telah menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi, dan Aku telah mengalahkan semua musuhmu ketika engkau berperang. Aku akan menjadikan engkau termasyhur seperti pemimpin-pemimpin terbesar di dunia.


Kemuliaannya besar kerana pertolongan-Mu; Engkau telah memberi raja kemasyhuran dan keagungan.


Musuh-musuhnya tidak akan dapat menewaskan dia, orang jahat tidak akan dapat mengalahkan dia.


Dia menurunkan raja dari takhta lalu meninggikan orang hina.


TUHAN menyertai Yosua dan dia menjadi masyhur di seluruh negeri itu.


dan dia berjaya melaksanakan segala tugasnya kerana TUHAN menyertai dia.


Setiap kali tentera Filistin melancarkan serangan, Daud lebih berjaya mengalahkan mereka daripada para pegawai Raja Saul yang lain. Dengan demikian Daud menjadi semakin termasyhur.


Dia mengangkat orang miskin daripada penderitaan, Dia membebaskan orang hina daripada kesengsaraan. Mereka dijadikan kawan bangsawan yang berdarjat, dan diberikan tempat yang terhormat. Asas bumi adalah kepunyaan TUHAN, di atas asas itu, Dia mendirikan dunia.


Demikianlah Raja Saul dan tiga orang puteranya mangkat, dan juga pembawa senjata itu, dan semua anak buah Raja Saul meninggal pada hari itu.


Oleh itu mereka menghantar Tabut Perjanjian ke Ekron, sebuah kota Filistin yang lain lagi. Tetapi apabila Tabut tiba di sana, penduduk kota itu berkata, “Lihatlah, mereka membawa Tabut Perjanjian Allah Israel ke mari untuk membunuh kita semua!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan