Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Oleh itu beritahulah hamba-Ku Raja Daud bahawa inilah firman-Ku, TUHAN Yang Maha Kuasa, kepadanya, ‘Aku sudah mengambil engkau daripada menjaga domba di padang dan Aku telah menjadikan engkau pemimpin umat-Ku Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Maka sekarang, beginilah yang harus kaukatakan kepada hamba-Ku Daud, ‘Beginilah firman TUHAN alam semesta, “Aku telah mengambil engkau dari padang ragut, daripada tugas menggiring kawanan domba, untuk menjadi pemimpin atas umat-Ku, iaitu atas Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Oleh itu beritahulah hamba-Ku Raja Daud bahawa inilah firman-Ku, TUHAN Yang Maha Kuasa, kepadanya, ‘Aku sudah mengambil engkau daripada menjaga domba di padang dan Aku telah menjadikan engkau pemimpin umat-Ku Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:8
17 Iomraidhean Croise  

Natan berkata kepada Raja Daud, “Tuanku adalah orang itu! Inilah yang difirmankan TUHAN, Allah umat Israel, ‘Aku sudah melantik engkau menjadi raja Israel dan menyelamatkan engkau daripada Saul.


Wanita itu bercakap, “Dengan ucapan tuanku itu, tuanku sudah mengaku bahawa tuanku sendiri bersalah kerana tidak mengizinkan putera tuanku pulang dari pengasingan. Mengapakah tuanku melakukan kesalahan seperti itu terhadap umat Allah?


Raja Daud anak Isai adalah orang yang dijadikan orang besar oleh Allah, dan telah dilantik menjadi raja oleh Allah Yakub. Raja Daud telah menggubah banyak lagu yang indah bagi Israel, dan inilah ucapan baginda yang terakhir:


Raja Daud nampak malaikat yang sedang membunuh rakyat itu, lalu baginda berkata kepada TUHAN, “Akulah yang berdosa kerana aku melakukan kesalahan itu. Tetapi apakah kesalahan bangsa yang malang itu? Hukumlah aku dan keluargaku!”


Sejak dahulu, bahkan ketika Raja Saul masih raja kami, tuanku telah pun memimpin tentera Israel berperang. TUHAN juga sudah berjanji kepada tuanku bahawa tuanku akan memimpin umat-Nya dan menjadi raja mereka.”


Raja Daud menjawab, “Aku menari untuk menghormati TUHAN. Dia telah menolak bapamu serta keluargamu, lalu memilih aku sebagai pemimpin umat-Nya Israel. Aku akan terus menari dan bersedia dihina lebih daripada tadi untuk menghormati TUHAN. Engkau memandang rendah kepadaku, tetapi hamba-hamba perempuan itu menghormati aku!”


Raja Salomo menjawab, “Engkau telah menunjukkan kasih yang besar terhadap hamba-Mu Raja Daud, bapaku. Dia baik, setia, dan tulus terhadap-Mu. Engkau sentiasa menunjukkan kasih-Mu yang besar dan abadi terhadapnya dengan memberi dia seorang putera, yang kini memerintah untuk menggantikan dia.


‘Semenjak Aku membawa umat-Ku keluar dari Mesir, Aku belum pernah memilih kota mana pun di seluruh Israel sebagai tempat pembinaan sebuah rumah, tempat beribadat kepada-Ku. Tetapi Aku telah memilih engkau, hai Daud, untuk memerintah umat-Ku.’ ”


Oleh itu beritahulah hamba-Ku Daud bahawa Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepadanya, ‘Aku telah mengambil engkau daripada pekerjaanmu sebagai gembala domba di padang, dan menjadikan engkau raja umat-Ku Israel.


Raja Daud berdoa, “Ya Allah, akulah yang bersalah. Akulah yang menyuruh orang mengadakan pembancian itu. Apakah kesalahan bangsa ini? Ya TUHAN, Allahku, hukumlah aku dan keluargaku, tetapi jauhkanlah malapetaka ini daripada umat-Mu.”


Tetapi TUHAN memanggil aku daripada pekerjaan menggembalakan ternak dan menyuruh aku menyampaikan perkhabaran-Nya kepada orang Israel.


Daud menyenangkan hati Allah dan memohon izin daripada Allah untuk membina sebuah rumah bagi Allah yang disembah oleh Yakub.


Kemudian Samuel mengambil sebuah botol berisi minyak zaitun, lalu menuang minyak itu ke atas kepala Saul. Dia mencium Saul dan berkata, “TUHAN melantik kamu menjadi raja Israel, umat-Nya. Kamu akan memerintah umat-Nya dan melindungi mereka daripada semua musuh. Inilah buktinya bahawa TUHAN sudah melantik kamu sebagai raja umat-Nya:


Dia mengangkat orang miskin daripada penderitaan, Dia membebaskan orang hina daripada kesengsaraan. Mereka dijadikan kawan bangsawan yang berdarjat, dan diberikan tempat yang terhormat. Asas bumi adalah kepunyaan TUHAN, di atas asas itu, Dia mendirikan dunia.


“Esok pagi kira-kira waktu begini, Aku akan mengutus seorang lelaki daripada suku Benyamin berjumpa dengan engkau. Lumurilah kepalanya dengan minyak sebagai tanda untuk melantiknya menjadi raja umat-Ku Israel. Dia akan membebaskan umat-Ku daripada orang Filistin. Aku sudah melihat penderitaan umat-Ku, dan Aku sudah mendengar tangisan mereka minta tolong.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan