Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Kemudian Raja Daud bertitah kepada Nabi Natan, “Lihatlah, beta tinggal di dalam istana yang diperbuat daripada kayu sedar, sedangkan Tabut Perjanjian Allah disimpan di dalam khemah!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 berkatalah raja kepada nabi Natan, “Lihatlah, aku ini tinggal dalam rumah kayu araz walhal tabut Allah tinggal di dalam khemah.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Kemudian Raja Daud bertitah kepada Nabi Natan, “Lihatlah, beta tinggal di dalam istana yang diperbuat daripada kayu sedar, sedangkan Tabut Perjanjian Allah disimpan di dalam khemah!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:2
24 Iomraidhean Croise  

Uria menjawab, “Tentera Israel dan Yehuda sedang berjuang di medan peperangan, dan Tabut Perjanjian TUHAN ada bersama-sama mereka. Yoab, panglima kami dan para pegawai tenteranya juga sedang berkhemah di padang terbuka. Bagaimana mungkin hamba pulang, makan minum, dan tidur dengan isteri hamba? Hamba bersumpah demi tuanku bahawa hamba tidak akan melakukan hal itu!”


Selepas itu TUHAN mengutus Nabi Natan kepada Raja Daud. Natan menghadap Raja Daud dan berkata, “Ada dua orang lelaki yang tinggal di sebuah kota; yang seorang kaya dan yang seorang lagi miskin.


Raja Hiram, dari negeri Tirus, mengutus duta-dutanya kepada Raja Daud. Raja Hiram memberi Raja Daud kayu sedar, tukang-tukang kayu, dan tukang-tukang batu untuk membina istana.


Kemudian mereka meletakkan Tabut Perjanjian di tempatnya di dalam khemah yang sudah didirikan oleh Raja Daud untuk Tabut Perjanjian. Raja Daud mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk memohon berkat TUHAN.


Demikianlah Natan memberitahu Raja Daud segala yang telah dinyatakan oleh Allah kepadanya.


Sedang Batsyeba bercakap, Nabi Natan tiba di istana.


Tetapi Imam Zadok, Benaya anak Yoyada, Nabi Natan, Simei, Rei, dan pengawal peribadi Raja Daud tidak berpihak kepada Adonia.


Ketua pegawai daerah: Azarya anak Natan Penasihat diraja: Imam Zabud anak Natan


Raja Salomo bertitah lagi, “Ayahanda beta, Raja Daud, bercadang untuk membina sebuah rumah sebagai tempat beribadat kepada TUHAN, Allah Israel.


Raja Hiram dari Tirus mengutus duta-dutanya kepada Raja Daud, dan mengirim juga kayu sedar, tukang kayu, serta tukang batu untuk membina istana.


Mereka meletakkan Tabut Perjanjian itu di dalam khemah yang telah disediakan oleh Raja Daud. Kemudian mereka mempersembahkan korban-korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban-korban untuk memohon berkat-Nya.


Raja Daud bertitah kepada Salomo, “Hai putera beta, telah lama beta berniat membina sebuah rumah untuk menghormati TUHAN Allah beta.


Riwayat hidup Raja Daud dari mula sampai akhir telah dicatat di dalam kitab tiga orang nabi: Nabi Samuel, Nabi Natan, dan Nabi Gad.


Tetapi Tabut Perjanjian telah dibawa ke Yerusalem, dan disimpan di dalam khemah yang dibina oleh Raja Daud ketika baginda memindahkan Tabut itu dari Kiryat-Yearim.)


Raja Hizkia mengikut perintah yang diberikan TUHAN kepada Raja Daud melalui Gad, nabi yang berkhidmat kepada Raja Daud, dan melalui Nabi Natan. Raja Hizkia menempatkan orang Lewi di dalam Rumah TUHAN untuk memainkan kecapi dan simbal,


Segala perbuatan Raja Salomo dari permulaan hingga akhir ada tercatat di dalam Kitab Sejarah Nabi Natan, Kitab Nubuat Ahia dari Silo, dan Kitab Wahyu Nabi Ido, yang juga mengandungi sejarah pemerintahan Raja Yerobeam di Israel.


Ingatlah akan janjinya kepada-Mu, ya TUHAN, dan nazarnya kepada-Mu, Yang Maha Kuat, Allah yang disembah Yakub.


sehingga aku membina rumah bagi TUHAN, tempat kediaman bagi Yang Maha Kuat, Allah yang disembah Yakub.”


Lalu dia meletakkan Tabut itu di dalam Khemah TUHAN dan menggantungkan tirai pelindung di depan Tabut Perjanjian, sesuai dengan perintah TUHAN kepadanya.


“Hai umat-Ku, mengapa kamu tinggal di dalam rumah mewah, sedangkan Rumah-Ku masih reruntuhan?


Pengikut-pengikut-Nya lalu teringat akan ayat Alkitab yang mengatakan, “Kasih-Ku terhadap rumah-Mu, ya Allah, berkobar-kobar seperti api!”


Daud menyenangkan hati Allah dan memohon izin daripada Allah untuk membina sebuah rumah bagi Allah yang disembah oleh Yakub.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan