Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:18 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

18 Selepas itu Raja Daud masuk ke dalam Khemah TUHAN. Baginda duduk lalu berdoa, “Ya TUHAN Raja, aku dan keluargaku tidak layak menerima segala kebaikan yang telah Engkau tunjukkan kepadaku selama ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

18 Kemudian masuklah Raja Daud lantas bersimpuh di hadapan TUHAN dan berkata, “Ya Tuhan ALLAH, siapakah kononnya aku ini dan siapakah kononnya keluargaku, sehingga Engkau membawa aku sejauh ini?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

18 Selepas itu Raja Daud masuk ke dalam Khemah TUHAN. Baginda duduk lalu berdoa, “Ya TUHAN Raja, aku dan keluargaku tidak layak menerima segala kebaikan yang telah Engkau tunjukkan kepadaku selama ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:18
15 Iomraidhean Croise  

Aku tidak layak menerima segala kasih dan kesetiaan yang sudah Engkau tunjukkan kepadaku, hamba-Mu. Pada masa aku berangkat menyeberangi Sungai Yordan, aku tidak membawa apa-apa selain sebatang tongkat. Sekarang aku datang kembali bersama dengan dua kumpulan ini.


Aku mohon, selamatkanlah aku daripada abangku, Esau. Aku takut jangan-jangan dia datang menyerang dan membinasakan kami semua, termasuk wanita serta anak-anak.


Demikianlah Allah akan memberkati keturunanku, kerana Dia telah membuat perjanjian yang kekal dengan aku, perjanjian yang tidak akan dibatalkan, janji yang tidak akan diubah. Itulah sahaja hasrat hatiku; itulah yang akan menjadi kemenanganku, dan Allah pasti akan menepatinya.


Demikianlah Natan memberitahu Raja Daud segala yang telah dinyatakan oleh Allah kepadanya.


Kemudian Raja Daud masuk ke dalam Khemah TUHAN. Raja Daud duduk lalu berdoa, “Ya TUHAN Allah, aku dan keluargaku tidak layak menerima segala kebaikan yang Engkau tunjukkan kepadaku selama ini.


Aku dan rakyatku sesungguhnya tidak dapat memberikan apa-apa kepada-Mu, kerana segalanya adalah pemberian-Mu dan apa yang kami berikan ini kepunyaan-Mu juga.


Apabila aku melihat langit yang telah Engkau ciptakan, bulan dan bintang yang Engkau tempatkan,


Tetapi Musa berkata kepada Allah, “Siapakah aku ini? Aku tidak sanggup menghadap raja dan membawa orang Israel keluar dari Mesir.”


Raja Hizkia mengambil surat itu daripada para utusan, lalu membacanya. Kemudian baginda pergi ke Rumah TUHAN, membentangkan surat itu di hadirat TUHAN


Akulah yang paling hina antara umat Allah, namun Allah mengurniai aku tugas istimewa untuk mengisytiharkan Berita Baik kepada orang bukan Yahudi. Berita Baik itu tentang berkat-berkat yang tidak terhingga daripada Kristus.


Gideon menjawab, “Tetapi Tuhan bagaimana mungkin aku menyelamatkan umat Israel? Puakku yang paling lemah di kalangan suku Manasye. Lagi pun, akulah yang paling tidak penting dalam keluargaku.”


Rut bersujud dan berkata kepada Boas, “Mengapakah tuan mengambil berat terhadap saya dan begitu baik terhadap saya? Saya hanya seorang bangsa asing!”


Samuel berkata, “Bukankah tuanku sudah menjadi pemimpin semua suku Israel, meskipun tuanku menganggap diri tidak penting? TUHAN sudah memilih tuanku menjadi raja Israel,


Daud menjawab, “Siapakah hamba ini, dan siapakah keluarga bapa hamba di Israel sehingga hamba menjadi menantu raja?”


Saul menjawab, “Saya ini daripada suku Benyamin, suku yang terkecil di Israel, dan keluarga sayalah yang paling tidak penting dalam suku itu. Mengapa tuan berkata begitu kepada saya?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan