Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 7:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10-11 Aku telah memilih satu negeri bagi umat-Ku Israel, dan Aku telah menempatkan mereka di sana. Mereka tidak akan ditindas lagi oleh sesiapa pun. Sejak mereka menduduki negeri itu mereka telah diserang oleh orang kejam, tetapi mulai sekarang hal itu tidak akan berulang lagi. Aku berjanji akan melindungi engkau daripada musuhmu dan memberi engkau keturunan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 Aku akan menentukan suatu tempat bagi umat-Ku Israel dan menempatkan mereka di sana, sehingga mereka mendiami tempat sendiri tanpa diganggu lagi. Mereka tidak akan tertindas lagi oleh orang zalim seperti sebelumnya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10-11 Aku telah memilih satu negeri bagi umat-Ku Israel, dan Aku telah menempatkan mereka di sana. Mereka tidak akan ditindas lagi oleh sesiapa pun. Sejak mereka menduduki negeri itu mereka telah diserang oleh orang kejam, tetapi mulai sekarang hal itu tidak akan berulang lagi. Aku berjanji akan melindungi engkau daripada musuhmu dan memberi engkau keturunan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 7:10
25 Iomraidhean Croise  

Jika umat-Ku Israel taat kepada perintah-Ku serta menurut seluruh Taurat yang diberikan oleh Musa, hamba-Ku kepada mereka, maka Aku tidak akan membiarkan mereka diusir dari negeri yang telah Aku berikan kepada nenek moyang mereka.”


Aku telah memilih satu negeri bagi umat-Ku Israel, dan Aku telah menempatkan mereka di sana. Mereka tidak akan ditindas lagi oleh sesiapa pun. Sejak mereka menduduki negeri itu, dan sebelum mereka mempunyai raja, mereka telah diserang oleh orang kejam, tetapi mulai sekarang hal itu tidak akan berulang lagi. Aku berjanji akan mengalahkan semua musuhmu, dan Aku akan memberi engkau keturunan.


Jika umat-Ku Israel taat kepada segala perintah-Ku serta menurut seluruh Taurat yang diberikan kepada mereka oleh Musa, hamba-Ku, maka Aku tidak akan membiarkan mereka diusir dari tanah yang telah Kuberikan kepada nenek moyang mereka.”


Ya Allah, kami sendiri telah mendengar kisah yang diceritakan oleh nenek moyang kami, tentang perbuatan besar yang Engkau lakukan pada zaman dahulu kala.


Mereka tidak menakluki negeri ini dengan pedang; mereka tidak menang dengan kuasa mereka sendiri, tetapi dengan kuasa dan kekuatan serta hadirat-Mu, kerana Engkau berkenan kepada umat-Mu.


Pulihkanlah kami, ya Allah Yang Maha Kuasa. Kasihanilah kami supaya kami selamat.


Engkau membawa umat-Mu yang seperti pokok anggur keluar dari Mesir; Engkau mengusir bangsa-bangsa lain, lalu menanam pokok itu di negeri mereka.


Kemudian raja Mesir bertitah kepada segenap rakyat, “Tiap-tiap anak lelaki orang Ibrani mesti dibuang ke dalam Sungai Nil, tetapi semua anak perempuan mereka boleh dibiarkan hidup.”


Engkau membawa mereka masuk, dan menempatkan mereka di gunung-Mu, tempat yang Engkau, ya TUHAN, pilih untuk menjadi kediaman-Mu; Rumah yang Engkau bina sendiri.


Dia mencangkul tanahnya dan membuang batu-batunya; dia menanam anggur pilihan, dan membina menara penjagaan. Dia menggali sebuah lubang untuk memeras buah anggurnya. Lalu dia menunggu sehingga buah anggur masak, tetapi tiap-tiap buah itu masam.


Israel ialah ladang anggur TUHAN Yang Maha Kuasa; orang Yehuda ialah pokok anggur yang ditanam-Nya. Dia mengharapkan mereka melakukan yang baik, tetapi mereka melakukan pembunuhan. Dia mengharapkan mereka melakukan yang benar, tetapi yang kedengaran adalah suara mangsa mereka meminta keadilan.


Keganasan tidak akan terdengar lagi; negerimu tidak akan mengalami kemusnahan lagi. Seperti tembok, Aku akan melindungi dan membela engkau; engkau akan memuji Aku kerana Aku Penyelamatmu.


Pendudukmu akan melakukan hal yang benar, dan akan memiliki negeri ini selama-lamanya. Mereka seperti tumbuhan yang Aku tanam, hasil ciptaan-Ku, untuk menyatakan kebesaran-Ku.


Sebaliknya, jika Aku mengambil keputusan untuk mendirikan atau menguatkan suatu bangsa atau kerajaan,


Aku akan menjaga mereka dan membawa mereka kembali ke negeri ini. Aku akan membina mereka, dan tidak meruntuhkan mereka; Aku akan menegakkan mereka, dan tidak mencabut mereka.


TUHAN berfirman, “Semua negeri jiran yang pernah menghina Israel tidak lagi merupakan duri atau belukar berduri yang menyakiti Israel. Mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN Raja.”


Hai Israel, Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku; Aku akan berlaku jujur dan setia; Aku akan menunjukkan kasih dan belas kasihan kepadamu, serta menjadikan engkau milik-Ku selama-lamanya.


Aku akan menempatkan umat-Ku di negeri yang sudah Kuberikan kepada mereka. Mereka tidak akan dibuang lagi.” TUHAN, Allah kamu sudah berfirman.


Dia akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap.”


Raja Yabin mempunyai sembilan ratus buah kereta kuda daripada besi. Baginda menjajah umat Israel dengan kejam dan ganas selama dua puluh tahun. Kemudian umat Israel berseru minta tolong kepada TUHAN.


Pada masa itu juga tiga pasukan askar Filistin berangkat dari perkhemahan Filistin untuk merompak; pasukan yang satu pergi ke arah Ofra di wilayah Syual,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan