Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 5:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Setelah Raja Daud merampas kubu Sion, baginda tinggal di situ dan menamakannya “Kota Daud.” Baginda membina kota di sekeliling kubu itu, bermula dari sebelah timur bukit yang ditimbusi tanah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Kemudian Daud tinggal di kubu pertahanan itu dan menamakannya Kota Daud. Kota itu dibinanya di sekeliling kubu itu, bermula dari Milo ke arah dalam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Setelah Raja Daud merampas kubu Sion, baginda tinggal di situ dan menamakannya “Kota Daud.” Baginda membina kota di sekeliling kubu itu, bermula dari sebelah timur bukit yang ditimbusi tanah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 5:9
16 Iomraidhean Croise  

Tetapi Raja Daud benar-benar dapat merampas Sion, kubu pertahanan mereka. Sejak itulah kubu itu dinamakan “Kota Daud.”)


Pada hari itu Raja Daud bertitah kepada anak buahnya, “Adakah sesiapa di sini yang membenci orang Yebusi seperti beta membenci mereka? Cukup bencikah dia sehingga dia ingin sekali membunuh mereka? Jika begitu, masuklah melalui saluran air dan seranglah orang buta dan orang tempang yang beta benci itu.” (Itulah sebabnya orang berkata, “Orang buta dan orang tempang dilarang masuk ke dalam Rumah TUHAN.”)


Oleh itu baginda tidak mahu lagi membawa Tabut Perjanjian ke Yerusalem. Sebaliknya baginda membawa Tabut Perjanjian itu ke rumah Obed-Edom, orang yang berasal dari Gat.


Beginilah kisah pemberontakannya. Raja Salomo sedang menambak tanah di sebelah timur Yerusalem dan membaiki tembok kota.


Raja Daud mangkat dan dimakamkan di Kota Daud.


Raja Salomo menggunakan tenaga buruh paksa untuk membina Rumah TUHAN dan istana raja, dan untuk menambak tanah di bahagian timur kota, serta membina tembok kota. Dia juga menggunakan tenaga buruh paksa untuk membina semula kota Hazor, Megido, dan Gezer. (


Raja Salomo menambak tanah di bahagian timur kota itu, selepas isterinya, puteri raja Mesir, pindah dari Kota Daud ke istana yang dibina oleh Raja Salomo untuknya.


Para pegawai Raja Yoas berkomplot melawan baginda. Dua orang daripada mereka, iaitu Yozakar anak Simeat dan Yozabad anak Somer, membunuh Raja Yoas di rumah yang dibina di atas timbunan tanah di sebelah timur Yerusalem, iaitu di jalan ke kota Sila. Raja Yoas dimakamkan di permakaman diraja di Kota Daud, lalu Amazia, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.


Raja Daud membina semula kota itu, bermula dari tempat yang ditambak dengan tanah di sebelah timur bukit, dan Yoab membaiki bahagian lain kota itu.


Raja Hizkia memperkuat pertahanan kota dengan membaiki tembok serta membina menara-menara di atasnya, dan juga membina satu lapis tembok lagi di sebelah luar. Selain itu, Raja Hizkia membaiki kubu yang didirikan di atas tambak, di bahagian timur di kawasan Yerusalem lama. Baginda juga menyuruh orang membuat banyak tombak dan perisai.


Salum anak Kolhoze, penguasa daerah Mizpa, membina semula Pintu Gerbang Mata Air. Dia memasang atap pada pintu gerbang itu, memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Di Kolam Selah, dia membina bahagian tembok dekat taman istana sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.


Yerusalem dibina sebagai kota, yang tersusun rapi dan indah.


Malanglah Yerusalem yang disebut Mazbah Allah! Malanglah kota tempat Raja Daud berkhemah! Hanya satu atau dua tahun lagi perayaan-perayaannya akan berlangsung,


Tetapi jika tidak, biarlah api keluar daripada Abimelekh lalu membakar habis penduduk Sikhem dan Bet-Milo. Begitu juga, biarlah api keluar dari penduduk Sikhem dan Bet-Milo lalu membakar habis Abimelekh.”


Kemudian penduduk Sikhem dan Bet-Milo berkumpul. Mereka pergi ke bawah pokok oak, iaitu pokok keramat di Sikhem, lalu menabalkan Abimelekh menjadi raja.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan