Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 5:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Pada suatu hari Raja Daud dan anak buah baginda berangkat untuk menyerang Yerusalem. Orang Yebusi yang tinggal di situ menyangka bahawa Raja Daud tidak sanggup mengalahkan kota itu. Mereka berkata kepadanya, “Engkau tidak sekali-kali dapat masuk ke sini. Bahkan orang buta dan tempang pun dapat mengusir engkau.” (

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Kemudian raja dan orangnya pergi ke Yerusalem mendatangi orang Yebus, penduduk negeri itu. Orang Yebus berkata kepada Daud, “Engkau tidak mungkin masuk ke sini. Bahkan orang buta dan orang tempang dapat mengusirmu.” Fikir mereka, “Daud tidak dapat masuk ke sini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Pada suatu hari Raja Daud dan anak buah baginda berangkat untuk menyerang Yerusalem. Orang Yebusi yang tinggal di situ menyangka bahawa Raja Daud tidak sanggup mengalahkan kota itu. Mereka berkata kepadanya, “Engkau tidak sekali-kali dapat masuk ke sini. Bahkan orang buta dan tempang pun dapat mengusir engkau.” (

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 5:6
13 Iomraidhean Croise  

Raja Melkisedek, raja Salem yang juga menjadi imam Allah Yang Maha Tinggi, membawa roti dan wain untuk Abram.


Engkau memberi aku kekuatan untuk menyerang musuhku, dan kuasa untuk menembusi pertahanan mereka.


Seorang bijak dapat merebut kota yang dipertahankan oleh askar-askar perkasa, dan merobohkan tembok kota yang menjadi harapan mereka.


Kemudian TUHAN berfirman kepada Yerusalem, “Hai Yerusalem! Kamu terletak lebih tinggi daripada lembah-lembah di sekitarmu. Engkau seperti bukit batu menjulang di tanah rata, tetapi Aku akan melawan engkau. Engkau berkata bahawa tiada seorang pun dapat menyerang engkau atau menembusi kubu-kubumu.


Andaikata kamu berjaya mengalahkan seluruh tentera Babilonia, sehingga yang tinggal hanya orang yang luka parah di dalam khemah-khemah, namun mereka akan bangun dan membakar kota ini sampai musnah.”


Imam Melkisedek ialah raja Salem dan imam Allah Yang Maha Tinggi. Ketika Abraham balik dari peperangan mengalahkan empat orang raja, Melkisedek menjumpainya dan memberkatinya.


Oleh itu Raja Adoni-Zedek mengirim pesan berikut kepada Raja Hoham dari Hebron, Raja Piream dari Yarmut, Raja Yafia dari Lakhis, dan Raja Debir dari Eglon,


Tetapi suku Yehuda tidak dapat mengusir orang Yebusi yang tinggal di Yerusalem. Orang Yebusi masih tinggal di situ bersama-sama suku Yehuda.


Zela, Elef, Yebus (atau Yerusalem), Gibea dan Kiryat-Yearim; semuanya empat belas buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya. Itulah tanah yang diterima sebagai milik oleh keluarga-keluarga dalam suku Benyamin.


Tetapi suku Benyamin tidak berjaya mengusir orang Yebusi dari Yerusalem. Itulah sebabnya orang Yebusi masih tinggal di sana bersama-sama orang Benyamin.


Orang Yehuda menyerang Yerusalem, lalu merebut dan membakar kota itu, serta membunuh penduduknya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan