Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 4:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Kemudian mereka memberikan kepala itu kepada Raja Daud di Hebron. Mereka berkata, “Inilah kepala Raja Isyboset putera Raja Saul, musuh tuanku yang cuba membunuh tuanku. Pada hari ini TUHAN telah membalas perbuatan Raja Saul dan keturunannya bagi tuanku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Kemudian mereka membawa kepala Isyboset kepada Daud di Hebron dan berkata kepada raja, “Inilah kepala Isyboset anak Saul, musuh tuanku, yang mengancam nyawa tuanku. Pada hari ini TUHAN telah membalas perbuatan yang dilakukan Saul dan keturunannya terhadap tuanku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Kemudian mereka memberikan kepala itu kepada Raja Daud di Hebron. Mereka berkata, “Inilah kepala Raja Isyboset putera Raja Saul, musuh tuanku yang cuba membunuh tuanku. Pada hari ini TUHAN telah membalas perbuatan Raja Saul dan keturunannya bagi tuanku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 4:8
18 Iomraidhean Croise  

Kemudian Ahimaas anak Zadok berkata kepada Yoab, “Benarkanlah saya pergi untuk menghadap raja dan menyampaikan khabar baik bahawa TUHAN sudah menyelamatkan raja daripada musuh.”


Kemudian hamba bangsa Etiopia itu sampai, lalu berkata kepada raja, “Hamba membawa khabar baik untuk tuanku! Pada hari ini TUHAN telah memberi tuanku kemenangan atas semua orang yang memberontak terhadap tuanku.”


Abner anak Ner, panglima tentera Raja Saul, telah melarikan diri dengan Isyboset, putera Raja Saul ke Mahanaim, di seberang Sungai Yordan.


Dia memberi aku kemenangan atas musuhku; Dia menaklukkan bangsa-bangsa di hadapanku,


Sepanjang hari aku akan mengisahkan kesetiaan-Mu, kerana mereka yang cuba mencelakakan aku telah dikalahkan dan dipermalukan.


Malaikat itu berkata, “Bangunlah dan bawalah Anak itu dengan ibu-Nya kembali ke negeri Israel, kerana orang yang cuba membunuh Anak itu sudah meninggal.”


Bersukacitalah, hai syurga, kerana kemusnahan kota itu! Bersukacitalah, hai umat Allah, rasul-rasul, dan nabi-nabi, kerana Allah telah menghukum Babel bagi apa yang sudah dilakukannya terhadap kamu!


Mereka berseru dengan suara lantang, “Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, yang suci dan setia! Berapa lama lagi sebelum Engkau menghakimi penduduk bumi dan menghukum mereka kerana telah membunuh kami?”


“Aku tancapkan dia ke tembok itu,” fikir Raja Saul, lalu baginda melemparkan tombak ke arah Daud sampai dua kali, tetapi Daud berjaya mengelakkannya.


Raja Saul memberitahu Yonatan, puteranya, dan semua pegawainya bahawa baginda merancang untuk membunuh Daud. Tetapi Yonatan sangat mengasihi Daud,


Tetapi Raja Saul menyuruh mereka pergi lagi ke situ untuk melihat Daud dengan mata mereka sendiri. Baginda memberikan perintah, “Bawalah dia ke mari bersama dengan tempat tidurnya, supaya aku dapat membunuh dia.”


Kemudian Daud lari dari Nayot dekat Rama, lalu pergi berjumpa dengan Yonatan. Dia bertanya kepada Yonatan, “Apakah yang sudah aku lakukan? Apakah kesalahanku? Apakah dosaku terhadap bapamu sehingga bapamu hendak membunuh aku?”


Daud takut kerana Raja Saul bertekad untuk membunuhnya. Pada suatu masa Daud berada di Hores, di padang gurun Zif.


Raja Saul sampai di suatu tempat dekat beberapa buah kandang domba di tepi jalan. Raja Saul masuk ke dalam gua di situ untuk membuang air besar. Kebetulan sekali Daud dan anak buahnya sedang bersembunyi di gua itu juga, lebih ke dalam lagi.


Seandainya ada seseorang yang menyerang tuan dan cuba membunuh tuan, maka tentu TUHAN Allah akan melindungi tuan seperti seorang menjaga hartanya yang sangat berharga. Tetapi musuh tuan akan dilemparkan jauh-jauh oleh TUHAN, seperti batu yang dilontarkan dengan ali-ali.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan