Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 4:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Mereka terus masuk ke dalam bilik Raja Isyboset sementara baginda sedang tidur nyenyak. Lalu mereka menikam baginda sampai mati. Mereka memenggal kepala Raja Isyboset lalu membawa kepala itu pergi. Mereka berjalan sepanjang malam melalui Lembah Yordan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Ketika mereka masuk ke dalam rumah itu, Isyboset sedang berbaring di atas katil dalam bilik tidurnya. Mereka menikam lantas membunuhnya, dan memenggal kepalanya. Lalu mereka membawa kepalanya itu dan berjalan semalam-malaman melalui jalan Araba.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Mereka terus masuk ke dalam bilik Raja Isyboset sementara baginda sedang tidur nyenyak. Lalu mereka menikam baginda sampai mati. Mereka memenggal kepala Raja Isyboset lalu membawa kepala itu pergi. Mereka berjalan sepanjang malam melalui Lembah Yordan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 4:7
8 Iomraidhean Croise  

Abner dan anak buahnya berjalan melalui Lembah Yordan sepanjang malam itu. Mereka menyeberangi Sungai Yordan, dan setelah berjalan sepanjang hari berikutnya, mereka tiba di Mahanaim.


Sungai Nil akan terlalu penuh dengan katak, sehingga katak keluar dari air lalu masuk ke dalam istanamu, ke dalam bilik tidur dan ke atas katilmu, serta ke rumah para pegawaimu dan rakyatmu, bahkan ke dalam ketuhar roti dan tempat adunan roti.


Kemudian kepala Yohanes ditaruh di atas talam dan diserahkan kepada gadis itu. Lalu gadis itu membawa kepala Yohanes kepada ibunya.


Daud berlari kepada Goliat dan berdiri di sisi tubuhnya. Dia menghunus pedang Goliat dari sarung lalu memancung kepala Goliat; begitulah Daud membunuh Goliat. Apabila orang Filistin nampak bahawa pahlawan mereka sudah mati, mereka lari.


Daud mengambil kepala Goliat dan membawanya ke Yerusalem, tetapi dia menyimpan senjata Goliat di khemahnya.


Mereka memenggal kepala Raja Saul dan mengambil baju perangnya. Kemudian orang Filistin mengirim utusan ke seluruh negeri Filistin untuk menyampaikan khabar baik itu kepada berhala-berhala dan rakyat mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan