Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 4:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Raja Isyboset mempunyai dua orang pegawai yang menjadi ketua pasukan penyerbu, iaitu Baana dan Rekhab, anak-anak Rimon dari Beerot, daripada suku Benyamin. (Beerot adalah sebahagian daripada wilayah Benyamin.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Isyboset anak Saul ada dua orang ketua pasukan, yang pertama bernama Baana dan yang kedua bernama Rekhab. Mereka anak Rimon, orang Beerot daripada bani Benyamin — kerana Beerot juga dikira sebagai daerah Benyamin.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Raja Isyboset mempunyai dua orang pegawai yang menjadi ketua pasukan penyerbu, iaitu Baana dan Rekhab, anak-anak Rimon dari Beerot, daripada suku Benyamin. (Beerot adalah sebahagian daripada wilayah Benyamin.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 4:2
9 Iomraidhean Croise  

Kemudian Yoab bersama dengan anak buah Raja Daud yang lain, kembali dari penyerbuan dan membawa pulang banyak barang jarahan, tetapi Abner sudah pergi dari Hebron. Raja Daud sudah membenarkan Abner pergi dan menjamin keselamatannya.


Kemudian Rekhab dan Baana pergi ke rumah Raja Isyboset. Mereka tiba di sana pada waktu tengah hari ketika Raja Isyboset sedang berehat.


Tetapi Raja Daud menjawab, “TUHAN yang hidup, yang telah menyelamatkan beta daripada segala bahaya, tahu bahawa yang akan beta katakan ini benar.


Pada suatu masa, orang Siria menyerang negeri Israel. Dalam serangan itu seorang budak perempuan Israel ditangkap, lalu dibawa pergi sebagai orang tawanan. Kemudian budak perempuan itu menjadi hamba kepada isteri Naaman.


Oleh itu raja Israel menyediakan jamuan besar bagi mereka. Setelah mereka makan dan minum, raja menyuruh mereka pulang kepada raja Siria. Sejak itu orang Siria tidak lagi menyerang negeri Israel.


Selain itu termasuk juga kota Gibeon, Rama, Beerot,


Oleh itu orang Israel berangkat dan tiga hari kemudian mereka sampai di kota-kota semua orang itu: kota Gibeon, Kefira, Beerot, dan Kiryat-Yearim.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan