Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 4:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Raja Daud memberikan perintah, lalu askar-askar baginda membunuh Rekhab dan Baana. Setelah dibunuh, tangan dan kaki mereka dipotong lalu digantung dekat kolam di Hebron. Kemudian kepala Raja Isyboset diambil dan dimakamkan di dalam kubur Abner di Hebron.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

12 Kemudian Daud memberikan perintah kepada orang mudanya, dan mereka pun membunuh kedua-duanya. Mereka memotong tangan dan kaki kedua-duanya serta menggantung mereka berdekatan dengan kolam di Hebron. Lalu kepala Isyboset diambil dan dimakamkan di dalam makam Abner di Hebron.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Raja Daud memberikan perintah, lalu askar-askar baginda membunuh Rekhab dan Baana. Setelah dibunuh, tangan dan kaki mereka dipotong lalu digantung dekat kolam di Hebron. Kemudian kepala Raja Isyboset diambil dan dimakamkan di dalam kubur Abner di Hebron.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 4:12
8 Iomraidhean Croise  

Kemudian Daud memanggil salah seorang daripada anak buahnya dan memberikan perintah, “Bunuhlah dia!” Orang itu menikam pemuda Amalek itu sampai mati.


Engkau telah merampas kerajaan Raja Saul! Sekarang engkau dihukum oleh TUHAN kerana membunuh begitu banyak sanak saudara Raja Saul. TUHAN telah memberikan kerajaanmu kepada anakmu Absalom. Sekarang mampuslah engkau, hai pembunuh!”


Abner anak Ner, panglima tentera Raja Saul, telah melarikan diri dengan Isyboset, putera Raja Saul ke Mahanaim, di seberang Sungai Yordan.


Raja Daud menyerahkan mereka kepada orang Gibeon. Orang Gibeon menggantung mereka di atas gunung di hadapan TUHAN, dan ketujuh-tujuh orang itu mati. Hukuman mati itu dilaksanakan pada akhir musim bunga, ketika musim menuai barli baru bermula.


Abner dikebumikan di Hebron, dan raja serta segenap rakyat menangis dengan kuat di depan kubur itu.


Serahkanlah kekhuatiranmu kepada TUHAN, maka Dia akan membela kamu; Dia tidak akan membiarkan orang jujur dikalahkan.


Allah akan menghakimi kamu sebagaimana kamu menghakimi orang lain. Sukatan yang kamu gunakan untuk menghakimi orang lain akan digunakan oleh Allah untuk kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan