Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 4:11 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Apalagi kamu, alangkah kejinya perbuatan kamu itu! Kamu sudah membunuh seorang yang tidak berdosa, dan yang sedang tidur di rumahnya sendiri! Sekarang beta akan membalas kejahatan kamu itu. Beta akan menghapuskan kamu dari muka bumi!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

11 Lebih-lebih beratnya lagi hukuman itu apabila orang fasiq membunuh seorang yang tidak bersalah di rumahnya sendiri, di tempat tidurnya. Sekarang tidak mungkin aku tidak menuntut darahnya daripada tanganmu dan melenyapkan kamu daripada muka bumi!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Apalagi kamu, alangkah kejinya perbuatan kamu itu! Kamu sudah membunuh seorang yang tidak berdosa, dan yang sedang tidur di rumahnya sendiri! Sekarang beta akan membalas kejahatan kamu itu. Beta akan menghapuskan kamu dari muka bumi!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 4:11
19 Iomraidhean Croise  

Engkau terkutuk dan tidak boleh lagi mengusahakan tanah. Tanah itu sudah menyerap darah adikmu, seolah-olah tanah membuka mulut untuk menerima darah adikmu ketika engkau membunuh dia.


Kemudian Allah berfirman kepada Nuh, “Aku sudah mengambil keputusan untuk menamatkan hidup semua manusia. Aku akan membinasakan mereka berserta bumi, kerana bumi sudah penuh dengan kekejaman mereka.


Engkau telah merampas kerajaan Raja Saul! Sekarang engkau dihukum oleh TUHAN kerana membunuh begitu banyak sanak saudara Raja Saul. TUHAN telah memberikan kerajaanmu kepada anakmu Absalom. Sekarang mampuslah engkau, hai pembunuh!”


Sebaik sahaja Abner tiba di Hebron, Yoab mengajak dia ke pinggir pintu gerbang, seolah-olah dia hendak bercakap bersendirian dengannya. Tiba-tiba Yoab menikam perut Abner sampai dia mati. Demikianlah Abner mati dibunuh oleh Yoab untuk membalas dendam terhadap pembunuhan Asael, adiknya.


Walaupun beta raja pilihan Allah, namun pada hari ini beta berasa lemah. Anak-anak Zeruya itu terlalu kejam. Beta tidak sanggup menguasai mereka. Biarlah TUHAN menghukum penjahat-penjahat itu setimpal dengan perbuatan mereka!”


TUHAN akan menghukum Yoab kerana pembunuhan yang dilakukannya tanpa pengetahuan Raja Daud, ayahanda beta. Yoab membunuh dua orang yang tidak bersalah, dua orang yang lebih baik daripadanya: Abner panglima tentera Israel dan Amasa panglima tentera Yehuda.


Biarlah TUHAN sentiasa mengingati dosa mereka, tetapi mereka sama sekali dilupakan oleh orang di bumi.


Pujilah TUHAN yang memerintah di Sion! Beritakanlah perbuatan-Nya kepada setiap bangsa!


“Sesiapa yang memukul dan membunuh orang lain mesti dihukum mati.


Jika Aku telah menghukum engkau dan rakyatmu dengan penyakit, tentu kamu sudah binasa sama sekali.


Tetapi orang jahat dan berdosa akan dilempar keluar dari negeri itu oleh Allah, seperti rumput dicabut dari tanah.


Orang baik yang mengalah kepada orang jahat bagaikan mata air yang dikeruhkan atau perigi yang dicemarkan.


Hai umat, kamu harus memberitahu mereka bahawa dewa-dewa yang tidak menciptakan langit dan bumi akan dibinasakan. Dewa-dewa itu akan lenyap dari muka bumi.)


Ya TUHAN, Engkau Allah sejak dahulu. Engkau Allahku yang suci dan kekal. Ya TUHAN, Allahku dan pelindungku, Engkau telah memilih orang Babilonia; Engkau menguatkan mereka supaya dapat menghukum kami.


Oleh itu undang-undang lemah dan tidak berguna; keadilan tidak pernah ditegakkan. Orang jahat selalu mengalahkan orang jujur di mahkamah; oleh itu keadilan diputarbalikkan.


Janganlah kita seperti Kain. Dia menjadi anak Iblis dan membunuh adiknya sendiri. Mengapakah Kain membunuh adiknya? Kerana perbuatan yang dilakukannya salah, tetapi perbuatan yang dilakukan adiknya benar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan