Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 3:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9-10 Lebih baik hamba menolong Raja Daud, kerana TUHAN telah berjanji kepada baginda untuk mengambil kerajaan ini daripada Raja Saul dan keturunannya, lalu melantik Raja Daud menjadi raja seluruh Israel dan Yehuda. Biarlah Allah membunuh hamba jika hamba tidak melaksanakan janji Allah kepada Raja Daud.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Biarlah Allah menjatuhkan azab kepada Abner, bahkan lebih lagi, jika aku tidak melakukan terhadap Daud seperti yang dijanjikan TUHAN kepadanya dengan bersumpah,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9-10 Lebih baik hamba menolong Raja Daud, kerana TUHAN telah berjanji kepada baginda untuk mengambil kerajaan ini daripada Raja Saul dan keturunannya, lalu melantik Raja Daud menjadi raja seluruh Israel dan Yehuda. Biarlah Allah membunuh hamba jika hamba tidak melaksanakan janji Allah kepada Raja Daud.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 3:9
16 Iomraidhean Croise  

Raja Daud juga menyuruh mereka berkata kepada Amasa, “Engkau kerabat beta. Mulai sekarang beta melantik engkau menjadi panglima tentera untuk menggantikan Yoab. Biarlah Allah membunuh beta jika hal itu tidak beta lakukan!”


Kata-kata Raja Daud itu berjaya mengambil hati semua penduduk Yehuda sehingga mereka mengirim khabar meminta raja dan semua pegawainya kembali ke istana.


Sepanjang hari orang cuba memujuk Raja Daud supaya makan sedikit, tetapi baginda bersumpah, “Biarlah Allah membunuh beta, jika beta makan apa-apa sebelum matahari terbenam!”


Izebel mengirim berita kepada Elia, katanya, “Biarlah para dewa membunuh aku, jika esok pada waktu ini aku tidak memperlakukan engkau seperti engkau memperlakukan nabi-nabi itu.”


Kemudian Raja Salomo bersumpah demi TUHAN, titahnya, “Biarlah Allah membunuh beta jika beta tidak menjatuhkan hukuman mati kepada Adonia kerana meminta perkara itu!


Pada masa Daud berada di Hebron, banyak askar yang terlatih bergabung dengan dia. Mereka membantu dia menjadi raja bagi menggantikan Raja Saul, sebagaimana yang dijanjikan TUHAN. Jumlah mereka adalah seperti berikut: Daripada suku Yehuda: 6,800 orang, lengkap dengan perisai dan tombak. Daripada suku Simeon: 7,100 orang yang terlatih. Daripada suku Lewi: 4,600 orang. Para pengikut Yoyada, seorang keturunan Harun: 3,700 orang. Sanak saudara Zadok, seorang askar muda yang berani: 22 orang terkemuka. Daripada suku Benyamin (suku Raja Saul): 3,000 orang (kebanyakan orang daripada suku Benyamin tetap setia kepada Raja Saul). Daripada suku Efraim: 20,800 orang yang terkenal dalam puak mereka sendiri. Daripada suku Manasye Barat: 18,000 orang dipilih untuk menjadikan Daud raja. Daripada suku Isakhar: 200 orang pemimpin, bersama dengan anak buah mereka; para pemimpin ini pandai menentukan apa yang harus dilakukan oleh rakyat Israel pada masa yang tepat. Daripada suku Zebulon: 50,000 orang yang setia dan dapat dipercaya, serta mahir menggunakan segala jenis senjata, dan yang bersedia untuk bertempur. Daripada suku Naftali: 1,000 orang pemimpin bersama-sama 37,000 orang yang lengkap dengan perisai dan tombak. Daripada suku Dan: 28,600 orang yang terlatih. Daripada suku Asyer: 40,000 orang yang sedia untuk bertempur. Daripada suku-suku di sebelah timur Yordan, iaitu suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur: 120,000 orang yang mahir menggunakan segala jenis senjata.


Di mana saja mak meninggal, di situlah saya hendak meninggal dan dikebumikan. Biarlah TUHAN menghukum saya dengan seberat-beratnya jika saya membiarkan apa-apa pun memisahkan kita kecuali kematian.”


Raja Saul bertitah kepadanya, “Biarlah beta dihukum Allah jika engkau tidak dihukum mati, Yonatan!”


Oleh itu Samuel berkata kepada Raja Saul, “Pada hari ini juga TUHAN sudah mengoyakkan kerajaan Israel daripada tuanku dan memberikannya kepada orang lain yang lebih baik daripada tuanku.


Biarlah Allah membunuh aku jika aku tidak membunuh tiap-tiap orang lelaki di sana sebelum matahari terbit!”


TUHAN sudah melakukan apa yang telah difirmankan-Nya kepadamu melalui aku. TUHAN sudah mengambil kerajaan Israel daripadamu, lalu memberikannya kepada Daud.


Eli bertanya, “Apakah yang difirmankan TUHAN kepadamu? Ceritakanlah segalanya kepadaku. Jika ada sesuatu yang engkau rahsiakan, tentu engkau akan dihukum dengan berat oleh Allah.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan