Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 3:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Kileab, ibunya ialah Abigail, balu Nabal dari Karmel; Absalom, ibunya ialah Maakha, puteri Raja Talmai dari Gesur;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Anak yang kedua ialah Kileab daripada Abigail, balu Nabal, orang Karmel. Anak yang ketiga ialah Absalom, anak Maakha anak Talmai, raja Gesur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Kileab, ibunya ialah Abigail, balu Nabal dari Karmel; Absalom, ibunya ialah Maakha, puteri Raja Talmai dari Gesur;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 3:3
22 Iomraidhean Croise  

Absalom, putera Raja Daud mempunyai seorang adik perempuan bernama Tamar yang cantik dan masih dara. Amnon, putera Raja Daud daripada isteri yang lain jatuh cinta kepada Tamar.


Yoab berangkat ke Gesur untuk mengajak Absalom kembali ke Yerusalem.


Tetapi raja tidak mengizinkan Absalom tinggal di istana. Raja bertitah, “Beta tidak mahu melihat dia.” Oleh itu Absalom langsung pulang ke rumahnya sendiri dan tidak menghadap raja.


Absalom menjawab, “Oleh sebab kamu tidak mahu datang ketika aku memanggilmu. Aku hendak mengutusmu menghadap raja dan menyampaikan pertanyaanku ini, ‘Apa gunanya saya meninggalkan Gesur dan kembali ke sini? Lebih baik saya tinggal di sana saja.’ ” Absalom berkata lagi, “Usahakanlah supaya aku dapat menghadap raja, dan jika aku masih dianggap bersalah, aku bersedia dihukum mati.”


Setelah empat tahun berlalu, Absalom berkata kepada Raja Daud, “Ayahanda, izinkanlah saya pergi ke Hebron untuk memenuhi janji saya kepada TUHAN.


Pada waktu saya tinggal di Gesur, di negeri Siria, saya berjanji akan pergi beribadat kepada TUHAN di Hebron, jika Dia membawa saya pulang ke Yerusalem.”


Setelah mendengar berita itu raja sangat sedih, lalu naik ke ruangan di atas pintu gerbang sambil meratap, “Aduhai anakku! Aduhai anakku Absalom! Absalom, anakku! Lebih baik aku yang mati menggantikan engkau, anakku! Absalom, anakku!”


Oleh itu Daud pergi ke Hebron dan membawa kedua-dua isterinya: Ahinoam dari Yizreel, dan Abigail, balu Nabal, orang Karmel itu.


Adonia berkata, “Puan tahu bahawa sayalah yang seharusnya menjadi raja, dan itulah yang diharapkan oleh setiap orang Israel. Tetapi perkara itu tidak berlaku, dan adik saya pula yang menjadi raja, kerana itulah kehendak TUHAN.


Inilah senarai nama putera-putera Raja Daud, yang dilahirkan di Hebron, menurut urutan umur mereka: Amnon - ibunya bernama Ahinoam dari Yizreel Daniel - ibunya bernama Abigail dari Karmel Absalom - ibunya bernama Maakha, puteri Raja Talmai dari Gesur Adonia - ibunya bernama Hagit Sefaca - ibunya bernama Abital Yitream - ibunya bernama Egla


Yair, seorang daripada suku Manasye, menduduki seluruh wilayah Argob, iaitu Basan, sampai perbatasan Gesur dan Maakha. Dia menamakan pekan-pekan di situ menurut namanya sendiri. Sampai sekarang, pekan-pekan itu masih dikenal sebagai pekan-pekan Yair.)


Tetapi orang Israel tidak mengusir penduduk Gesur dan Maakha; mereka masih tinggal di Israel.


Selepas itu dia segera berkemas, lalu menunggang keldainya. Diiringi oleh lima orang dayangnya, dia berangkat bersama-sama utusan Daud. Dengan demikian Abigail menjadi isteri Daud.


Selama itu, Daud dan anak buahnya biasa menyerang orang Gesur, Girzi, dan Amalek; mereka sudah lama tinggal di kawasan itu. Daud menyerbu kawasan mereka sampai ke Sur, dan terus ke Mesir di sebelah selatan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan