Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 3:16 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Tetapi Paltiel mengikuti Mikhal sambil menangis. Ketika mereka sampai di kota Bahurim, Abner berkata kepada Paltiel, “Sudahlah, pulang saja!” Kemudian Paltiel pulang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

16 Suaminya berjalan menyertai dia sambil menangis. Diikutinya isterinya sampai ke Bahurim, lalu kata Abner kepadanya, “Pulanglah engkau!” Maka pulanglah dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Tetapi Paltiel mengikuti Mikhal sambil menangis. Ketika mereka sampai di kota Bahurim, Abner berkata kepada Paltiel, “Sudahlah, pulang saja!” Kemudian Paltiel pulang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 3:16
9 Iomraidhean Croise  

Apabila Raja Daud sampai di Bahurim, seorang dari tempat itu datang menghampiri rombongan raja sambil mengutuki Raja Daud. Orang itu bernama Simei anak Gera, salah seorang sanak saudara Raja Saul.


Tetapi kali itu seorang anak lelaki kebetulan melihat mereka, lalu memberitahukan hal itu kepada Absalom. Oleh itu Yonatan dan Ahimaas cepat-cepat pergi dan bersembunyi di rumah seorang penduduk kampung Bahurim. Di halaman rumahnya itu ada sebuah perigi, lalu mereka masuk ke dalam perigi itu.


Simei anak Gera, orang Benyamin dari Bahurim tergesa-gesa datang ke sungai itu untuk menemui Raja Daud.


Dia membawa seribu orang daripada suku Benyamin bersama-samanya. Ziba, hamba keluarga Raja Saul, juga datang bersama dengan lima belas orang anak lelakinya dan dua puluh orang hamba. Mereka tiba di Sungai Yordan lebih awal daripada raja.


Oleh itu Raja Isyboset menyuruh utusan baginda mengambil Mikhal daripada suaminya, Paltiel anak Lais.


Ada lagi seorang yang bernama Simei anak Gera, dari kota Bahurim di wilayah Benyamin. Dia mengutuk beta dengan kejam pada waktu beta pergi ke Mahanaim. Tetapi apabila dia datang berjumpa dengan beta di Sungai Yordan, beta berjanji demi TUHAN bahawa beta tidak akan membunuh dia.


Oleh itu Ismael keluar dari Mizpa dan pergi menemui mereka. Dia menangis sambil berkata kepada mereka, “Mari lihat Gedalya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan