Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 3:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Kemudian Abner mengirim utusan kepada Raja Daud yang ketika itu berada di Hebron, dengan membawa pesan, “Siapakah yang akan memerintah negeri ini? Buatlah perjanjian dengan hamba, maka hamba akan menolong tuanku menguasai seluruh Israel.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

12 Abner pun mengirim beberapa orang utusan kepada Daud sebagai wakilnya, dengan pesan, “Siapakah gerangan pemilik negeri ini?” Dia berkata pula, “Ikatlah perjanjian dengan hamba. Sesungguhnya, hamba akan menyokong tuanku untuk membawa semua orang Israel kepada tuanku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Kemudian Abner mengirim utusan kepada Raja Daud yang ketika itu berada di Hebron, dengan membawa pesan, “Siapakah yang akan memerintah negeri ini? Buatlah perjanjian dengan hamba, maka hamba akan menolong tuanku menguasai seluruh Israel.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 3:12
15 Iomraidhean Croise  

Kata-kata Raja Daud itu berjaya mengambil hati semua penduduk Yehuda sehingga mereka mengirim khabar meminta raja dan semua pegawainya kembali ke istana.


Kemudian semua orang Israel menghadap raja dan bertanya kepadanya, “Tuanku, mengapa saudara kami orang Yehuda menganggap bahawa merekalah yang layak mengajak dan mengiringi tuanku, keluarga tuanku dan semua orang tuanku menyeberangi Sungai Yordan?”


Tuanku menentang orang yang mengasihi tuanku tetapi mengasihi orang yang membenci tuanku. Tuanku sudah membuktikan bahawa para pegawai dan askar tuanku sama sekali tidak bererti bagi tuanku. Nampaknya tuanku lebih suka jika Absalom masih hidup dan kami semua mati.


Raja Isyboset begitu takut terhadap Abner sehingga baginda tidak berani berkata apa-apa.


Raja Daud menjawab, “Baiklah! Beta akan membuat perjanjian dengan kamu dengan satu syarat: Kamu mesti membawa Mikhal, puteri Raja Saul, kepada beta apabila kamu menghadap beta.”


Selepas itu Abner berkata kepada Raja Daud, “Izinkanlah hamba pergi untuk mengajak seluruh Israel supaya bergabung dengan tuanku. Mereka akan menerima tuanku sebagai raja, dan dengan demikian tuanku akan memerintah seluruh negeri, sesuai dengan kehendak tuanku.” Kemudian Raja Daud membenarkan Abner pergi dan menjamin keselamatannya.


Sebaik sahaja Abner tiba di Hebron, Yoab mengajak dia ke pinggir pintu gerbang, seolah-olah dia hendak bercakap bersendirian dengannya. Tiba-tiba Yoab menikam perut Abner sampai dia mati. Demikianlah Abner mati dibunuh oleh Yoab untuk membalas dendam terhadap pembunuhan Asael, adiknya.


Raja bertitah kepada para pegawainya, “Ketahuilah oleh kamu semua bahawa pada hari ini kita telah kehilangan seorang pemimpin besar di Israel.


Hai bangsaku, percayalah kepada Allah setiap masa. Beritahukanlah segala kesusahan kamu kepada-Nya, kerana Dialah penaung kita.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan