Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 3:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pertempuran antara penyokong keluarga Raja Saul dan penyokong Raja Daud terus berlangsung untuk masa yang lama. Raja Daud semakin kuat, sedangkan lawannya semakin lemah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Peperangan antara keluarga Saul dengan keluarga Daud berlanjutan lamanya. Daud semakin lama semakin kuat, manakala keluarga Saul semakin lama semakin lemah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pertempuran antara penyokong keluarga Raja Saul dan penyokong Raja Daud terus berlangsung untuk masa yang lama. Raja Daud semakin kuat, sedangkan lawannya semakin lemah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 3:1
26 Iomraidhean Croise  

Engkau dan perempuan itu akan saling membenci; keturunannya dan keturunanmu akan sentiasa bermusuhan. Keturunannya akan meremukkan kepalamu dan engkau akan mematuk tumit mereka.”


Selepas itu pertempuran sengit berlaku. Abner dan pasukan Israel dikalahkan oleh pasukan anak buah Raja Daud.


Kemudian Yoab meniup trompet sebagai tanda kepada anak buahnya untuk berhenti mengejar orang Israel, lalu pertempuran itu berhenti.


Engkau menyelamatkan aku daripada umat yang memberontak, dan menjadikan aku pemerintah bangsa-bangsa; bangsa yang tidak aku kenal kini menjadi rakyatku.


Sementara pertempuran terus berlangsung antara penyokong Raja Daud dan penyokong keluarga Raja Saul, Abner berusaha supaya pengaruhnya semakin besar di kalangan penyokong Raja Saul.


Raja Daud semakin lama semakin kuat kerana TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa menolong baginda.


Raja Rehabeam dan Raja Yerobeam sentiasa berperang selama pemerintahan Raja Rehabeam.


Raja Asa di Yehuda dan Raja Baesa di Israel sentiasa berperang selama pemerintahan mereka.


Raja Asa di Yehuda dan Raja Baesa di Israel sentiasa berperang selama pemerintahan mereka.


Raja Daud semakin kuat kerana TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai baginda.


Inilah senarai nama putera-putera Raja Daud, yang dilahirkan di Hebron, menurut urutan umur mereka: Amnon - ibunya bernama Ahinoam dari Yizreel Daniel - ibunya bernama Abigail dari Karmel Absalom - ibunya bernama Maakha, puteri Raja Talmai dari Gesur Adonia - ibunya bernama Hagit Sefaca - ibunya bernama Abital Yitream - ibunya bernama Egla


Haman memberitahu isterinya dan semua sahabatnya apa yang sudah terjadi. Isteri dan sahabat-sahabatnya yang bijaksana itu berkata kepadanya, “Engkau mula dikalahkan oleh Mordekhai. Dia orang Yahudi, dan engkau tidak akan dapat melawan dia. Dia pasti akan mengalahkan engkau.”


Di seluruh kerajaan itu, orang tahu bahawa Mordekhai seorang yang berkuasa di istana, dan bahawa kuasanya semakin bertambah.


Orang yang baik dan tidak bersalah, semakin yakin bahawa Allah berkenan kepada mereka.


Segala kekayaanmu yang hilang itu tidak bererti, jika dibandingkan dengan apa yang engkau dapat nanti.


Aku menghancurkan mereka sehingga mereka menjadi seperti debu yang ditiup angin; aku memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan.


Mari, lihatlah apa yang telah dilakukan TUHAN. Lihatlah, perbuatan Allah di bumi sangat menakjubkan.


Sedang mereka melalui lembah Baka yang kering, lembah itu pun menjadi tempat yang bermata air; hujan awal memenuhi kolam-kolamnya.


Hal itu demikian, kerana keinginan manusia bertentangan dengan keinginan Roh Allah, dan keinginan Roh Allah bertentangan dengan keinginan manusia. Kedua-duanya saling bermusuhan sehingga kamu tidak dapat melakukan apa yang kamu inginkan.


Hal itu demikian kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini.


Aku melihat, lalu nampak seekor kuda putih. Penunggangnya memegang sebuah busur dan dia diberikan sebuah mahkota. Dia mara sebagai seorang penakluk yang menang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan