Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 24:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Kemudian Raja Daud memerintah Yoab, panglima perang baginda, “Pergilah bersama dengan para pahlawanmu kepada semua suku Israel di seluruh negeri untuk mengadakan pembancian. Beta ingin tahu jumlah mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Maka berkatalah raja kepada Yoab, panglima tentera yang ada bersama-samanya, “Jelajahilah semua suku Israel dari Dan sampai Bersyeba, dan jalankanlah bancian umat, supaya aku tahu akan jumlah mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Kemudian Raja Daud memerintah Yoab, panglima perang baginda, “Pergilah bersama dengan para pahlawanmu kepada semua suku Israel di seluruh negeri untuk mengadakan pembancian. Beta ingin tahu jumlah mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 24:2
16 Iomraidhean Croise  

Awal pagi esoknya, Abraham memberikan makanan dan satu kirbat kulit berisi air kepada Hagar. Dia meletakkan budak itu pada belakang Hagar dan menyuruhnya pergi dari situ. Lalu Hagar berangkat dan mengembara di padang gurun Bersyeba.


Oleh sebab itu, nasihat hamba begini: Kumpulkanlah semua orang Israel dari seluruh negeri, sehingga jumlahnya sebanyak pasir di pantai. Kemudian tuanku sendiri mengetuai mereka maju bertempur.


Yoab (ibunya bernama Zeruya), bersama dengan beberapa orang pegawai Raja Daud, menuju ke kota itu juga. Kedua-dua pasukan itu berhadapan di kolam Gibeon; Abner dan pasukannya duduk di sebelah sini, sedangkan Yoab dan pasukannya di sebelah sana.


Inilah para pegawai tinggi yang dilantik oleh Raja Daud: Panglima seluruh tentera Israel: Yoab Ketua pengawal peribadi Raja Daud: Benaya anak Yoyada


Oleh itu TUHAN mendatangkan wabak kepada orang Israel mulai pagi hari itu sampai pada waktu yang telah ditetapkan-Nya. Sebanyak 70,000 orang meninggal di seluruh Israel.


Inilah pegawai-pegawai tinggi yang dilantik oleh Raja Daud: Panglima angkatan bersenjata: Yoab (ibunya Zeruya); Setiausaha istana: Yosafat anak Ahilud; Imam-imam: Zadok anak Ahitub, dan Ahimelekh anak Abyatar; Setiausaha negara: Seraya Ketua pengawal peribadi raja: Benaya anak Yoyada; Imam-imam di istana: putera-putera Raja Daud.


Raja Daud memerintah Yoab dan pegawai-pegawainya yang lain, “Bancilah penduduk di seluruh pelosok Israel, kerana beta ingin tahu jumlah rakyat Israel.”


Apabila utusan-utusan dari Babilonia datang kepada Raja Hizkia untuk bertanya tentang kejadian luarbiasa yang berlaku di negeri itu, TUHAN membiarkan Raja Hizkia bertindak sendiri, supaya dapat menguji hatinya.


Kesombongan akan menyebabkan keruntuhan, tetapi seseorang yang rendah hati akan dihormati.


TUHAN berfirman, “Aku akan menghukum sesiapa sahaja yang meninggalkan Aku, dan yang berharap kepada manusia serta bersandar kepada kekuatan manusia fana.


Tetapi supaya aku tidak terlalu sombong kerana penglihatan-penglihatan yang luar biasa itu, aku diberikan sejenis penyakit yang sangat menyakitkan. Penyakit itu alat Iblis untuk memukul aku supaya aku tidak terlalu sombong.


Segenap umat Israel dari Dan di sebelah utara, sampai ke Bersyeba di sebelah selatan, dan juga dari Gilead di sebelah timur, menyahut panggilan itu. Mereka berkumpul sebagai satu umat di hadapan TUHAN di Mizpa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan