Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 22:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Allahku tempat perlindunganku, aku selamat bersama dengan Dia. Dia melindungi aku seperti perisai; Dia membela dan menjaga aku supaya aku selamat. Dialah penyelamatku; Dia melindungi aku dan menyelamatkan aku daripada keganasan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Allahku batu pejalku, kepada-Nya aku berlindung. Dialah perisaiku, tanduk penyelamatanku, benteng pertahananku, dan penyelamatku. Engkau menyelamatkan aku daripada keganasan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Allahku tempat perlindunganku, aku selamat bersama dengan Dia. Dia melindungi aku seperti perisai; Dia membela dan menjaga aku supaya aku selamat. Dialah penyelamatku; Dia melindungi aku dan menyelamatkan aku daripada keganasan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 22:3
52 Iomraidhean Croise  

Selepas itu, Abram mendapat penglihatan dan mendengar TUHAN berfirman kepadanya, “Jangan takut, Abram. Aku akan melindungi engkau daripada bahaya dan memberikan pahala yang besar kepadamu.”


Betapa sempurnanya perbuatan Allah ini, firman TUHAN dapat dipercayai. Dia umpama perisai bagi semua orang yang berlindung pada-Nya.


TUHAN hidup! Pujilah pembelaku! Isytiharkanlah keagungan Allah Penyelamatku!


dan menyelamatkan aku daripada lawanku. Ya TUHAN, Engkau memberi aku kemenangan atas musuhku, dan melindungi aku daripada orang ganas.


Allah memberikan kemenangan besar kepada raja pilihan-Nya; Dia tetap mengasihi orang yang dilantik-Nya, iaitu Daud dan keturunannya, untuk selama-lamanya.


Allah Israel sudah berfirman; pelindung Israel berfirman kepadaku, “Raja yang memerintah dengan adil, yang memerintah dengan ketaatan kepada Allah,


Orang jahat merintangi hasrat orang miskin, tetapi orang miskin dilindungi TUHAN.


Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.


Biarlah bara api yang menyala-nyala menghujani mereka; biarlah mereka jatuh ke dalam jurang dan tidak dapat keluar lagi.


Lidah mereka bagaikan ular berbisa, dan kata-kata mereka seperti racun ular senduk.


Apabila aku putus asa, Dia tahu apa yang harus aku lakukan. Di jalan yang harus aku tempuh, musuhku telah memasang perangkap untukku.


Dialah pelindungku dan pembelaku, tempat aku bernaung dan penyelamatku; aku bergantung kepada-Nya supaya aku selamat. Dia menaklukkan bangsa-bangsa ke bawah kuasaku.


Aku sangat mengasihi Engkau, ya TUHAN! Engkaulah pembelaku.


Pada masa kesusahan Dia akan melindungi aku; Dia akan menjaga aku supaya selamat di dalam Rumah-Nya, dan menempatkan aku di atas gunung batu.


TUHAN melindungi dan membela aku; aku percaya kepada-Nya. Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku; aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.


Mereka mengumpat dan berkata, “Allah tidak akan menolong dia!”


Engkaulah tempat persembunyianku, Engkau akan menyelamatkan aku daripada kesusahanku. Aku bersorak memuji-Mu, kerana Engkau menyelamatkan dan melindungi aku.


Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Dengan lagu Alamot.


Dia berfirman, “Berhentilah berperang, ketahuilah bahawa Aku ini Allah, yang agung antara bangsa-bangsa dan di seluruh bumi.”


Allah perlindungan dan kekuatan kita; Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.


Bangsa-bangsa ketakutan, kerajaan-kerajaan gentar; ketika Allah mengguntur, bumi pun lebur.


Semoga semua orang yang berlindung kepada-Mu gembira; dan bernyanyi dengan sukacita selama-lamanya. Lindungilah mereka yang mengasihi Engkau, supaya mereka sungguh berbahagia kerana Engkau.


Aku akan bergegas mencari tempat berlindung terhadap ribut dan angin kencang.


Mereka berkeliaran mencari makanan, dan menggeram jika tidak kenyang.


Dari negeri yang jauh aku berseru kepada-Mu, kerana aku putus asa. Bawalah aku ke tempat perlindungan yang selamat,


Kehidupanku menjadi teladan kepada banyak orang, kerana Engkau pembelaku yang kuat.


Raja menyelamatkan mereka daripada penindasan dan keganasan; kehidupan mereka berharga baginya.


Lebih baik sehari di dalam Rumah-Mu daripada seribu hari di tempat lain; aku lebih gemar berdiri di pintu Rumah Allahku daripada tinggal di rumah orang jahat.


Dengarlah doaku, ya TUHAN Allah Yang Maha Kuasa; dengarlah, ya Allah Yakub.


Ya Allah, orang sombong datang melawan aku; sekumpulan orang kejam berusaha untuk membunuh aku; mereka tidak mempedulikan Engkau.


TUHAN adalah pernaungan bagi orang yang ditindas, tempat perlindungan pada masa kesusahan.


Dia memerintah dunia dengan adil, dan menghakimi rakyat dengan saksama.


TUHAN pembelaku yang kuat; Dialah yang telah menyelamatkan aku. Dialah Allahku, dan aku akan memuji Dia; Dia Allah yang disembah bapaku, dan aku akan menyanyikan kebesaran-Nya.


TUHAN seperti menara yang kukuh; ke sanalah orang jujur pergi dan mendapat perlindungan.


Allah menepati segala janji-Nya. Dia seperti perisai bagi semua orang yang meminta perlindungan-Nya.


Allah ialah Penyelamatku; aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut. TUHAN memberikan kuasa dan kekuatan kepadaku; Dialah Penyelamatku.


Mereka seperti tempat perlindungan daripada angin dan ribut. Mereka seperti sungai-sungai yang mengalir di padang gurun, seperti naungan batu besar di tanah yang tandus.


Marilah ajukan perkara kamu, biarlah pembela kamu berunding bersama-sama. Siapakah yang sejak dahulu bernubuat tentang hal yang akan berlaku? Bukankah Aku, TUHAN? Tiada tuhan-tuhan lain kecuali Aku. Akulah Allah yang adil dan yang menyelamatkan, tiada yang lain kecuali Aku.


Ya TUHAN, Engkaulah yang melindungi aku dan memberikan kekuatan kepadaku; Engkau menolong aku pada masa kesusahan. Bangsa-bangsa dari hujung bumi akan datang kepada-Mu dan berkata, “Nenek moyang kami hanya mempunyai tuhan palsu yang sama sekali tidak berguna.


Dengarlah firman daripada Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel. Suara keriangan dan kesukaan serta keramaian pesta perkahwinan akan Kuhentikan. Perkara itu akan disaksikan oleh orang yang hidup pada zamanmu ini.


jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku,


Dia mengurniai kita Penyelamat yang berkuasa, seorang keturunan Daud, hamba-Nya.


akan menyelamatkan kita daripada musuh, dan daripada kuasa orang yang membenci kita.


Lalu TUHAN akan bertanya kepada umat-Nya, ‘Di manakah tuhan-tuhan perkasa yang kamu percayai itu?


TUHAN pembela kamu yang perkasa, Dia sempurna dan adil dalam segala perkara; Allah kamu setia, tidak ada kecurangan pada-Nya, Dia melakukan yang baik dan yang benar.


Hai Israel, kamu sungguh berbahagia! Tidak ada sesiapa pun seperti kamu, bangsa yang diselamatkan oleh TUHAN. TUHAN sendirilah yang menjadi perisai dan pedang kamu, untuk membela kamu dan memberi kamu kemenangan. Musuh kamu akan datang mohon belas kasihan, dan kamu akan memijak-mijak mereka.”


Tetapi Allah, Penyelamat kita menunjukkan kasih dan kebaikan hati-Nya kepada kita.


Allah melimpahkan Roh-Nya kepada kita melalui Yesus Kristus, Penyelamat kita,


Yesus juga berkata, “Aku akan berharap kepada Allah.” Yesus berkata juga, “Inilah Aku bersama-sama anak-anak yang telah diberikan oleh Allah kepada-Ku.”


Kemudian Hana berdoa, “TUHAN menggembirakan hatiku; alangkah bahagianya aku, kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku. Sekarang aku mentertawakan musuhku; alangkah sukacitanya aku kerana Allah sudah menolong aku.


Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN; Dia tidak ada tandingan; hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan