Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 2:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Hendaklah kamu kuat dan tabah hati! Raja Saul, raja kamu sudah mangkat, tetapi orang Yehuda telah melantik beta menjadi raja mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Maka sekarang, kuatkanlah dirimu dan jadilah orang yang gagah perkasa kerana Saul, tuanmu, telah gugur, dan keturunan kaum Yehuda telah melantik aku sebagai raja atas mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Hendaklah kamu kuat dan tabah hati! Raja Saul, raja kamu sudah mangkat, tetapi orang Yehuda telah melantik beta menjadi raja mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 2:7
12 Iomraidhean Croise  

Selepas itu, Abram mendapat penglihatan dan mendengar TUHAN berfirman kepadanya, “Jangan takut, Abram. Aku akan melindungi engkau daripada bahaya dan memberikan pahala yang besar kepadamu.”


Tabahkanlah hatimu, dan berjuanglah dengan berani untuk bangsa kita dan untuk kota-kota Allah kita. Semoga TUHAN melakukan apa yang baik bagi-Nya.”


Oleh itu, semoga TUHAN juga menyatakan kasih dan kesetiaan-Nya kepada kamu. Beta pun akan memperlakukan kamu dengan baik kerana perbuatan kamu itu.


Abner anak Ner, panglima tentera Raja Saul, telah melarikan diri dengan Isyboset, putera Raja Saul ke Mahanaim, di seberang Sungai Yordan.


Demikianlah semua pemimpin Israel menghadap Raja Daud di Hebron. Raja Daud mengadakan perjanjian dengan mereka, lalu mereka melantik baginda menjadi raja Israel.


Selepas itu Yoyada membawa Yoas keluar, lalu mengenakan mahkota pada kepala Yoas dan memberi dia sebuah salinan hukum tentang pemerintahan raja. Kemudian Yoas dilantik sebagai raja dan hal itu diumumkan kepada rakyat. Rakyat bertepuk tangan sambil berseru, “Daulat tuanku!”


Kemudian aku menceritakan bagaimana Allah menyertai dan menolong aku, dan apa yang sudah dikatakan oleh raja kepadaku. Mereka menjawab, “Marilah kita mula membinanya!” Kemudian mereka bersiap untuk memulakan pekerjaan itu.


Hendaklah kamu waspada dan teguh dalam hidup kamu sebagai orang Kristian. Hendaklah kamu tabah hati dan sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan.


Akhirnya, binalah kekuatan kamu dengan menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan, kerana kamu hidup bersatu dengan Dia.


beberapa orang yang paling berani berangkat dan berjalan sepanjang malam ke Bet-Sean. Mereka menurunkan jenazah Raja Saul dan putera-puteranya dari tembok kota, lalu membawanya kembali ke Yabes, dan membakar jenazah-jenazah itu di sana.


Apabila orang Israel yang di seberang Lembah Yizreel dan di sebelah timur Sungai Yordan mendengar bahawa tentera Israel telah melarikan diri, dan bahawa Raja Saul dan putera-puteranya sudah dibunuh, mereka pun meninggalkan kota-kota mereka lalu lari. Kemudian orang Filistin datang dan menduduki kota-kota itu.


Jangan takut, hai tentera Filistin! Berperanglah seperti lelaki! Jika tidak, kita akan menjadi hamba orang Ibrani seperti mereka dahulu menjadi hamba kita. Oleh itu berperanglah dengan gagah berani!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan