Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 2:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Oleh itu, semoga TUHAN juga menyatakan kasih dan kesetiaan-Nya kepada kamu. Beta pun akan memperlakukan kamu dengan baik kerana perbuatan kamu itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Sekarang, semoga TUHAN menunjukkan kasih abadi dan kesetiaan-Nya kepada kamu. Aku pun hendak membalas kebaikanmu, kerana kamu telah melakukan hal yang demikian itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Oleh itu, semoga TUHAN juga menyatakan kasih dan kesetiaan-Nya kepada kamu. Beta pun akan memperlakukan kamu dengan baik kerana perbuatan kamu itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 2:6
15 Iomraidhean Croise  

Raja Daud bertitah, “Raja Nahas ialah sahabat beta yang setia. Oleh itu beta juga harus bersahabat dengan Raja Hanun puteranya.” Maka Raja Daud mengirim beberapa orang utusan untuk menyampaikan takziah kepada Raja Hanun. Apabila utusan-utusan itu tiba di Amon,


Kamu belum tinggal lama di sini, dan beta tidak mahu kamu ikut mengembara dengan beta. Beta sendiri tidak tahu ke mana beta akan pergi. Baliklah dan bawalah juga rakan-rakan sebangsa kamu. Semoga TUHAN mengasihi kamu dan setia kepada kamu.”


Hendaklah kamu kuat dan tabah hati! Raja Saul, raja kamu sudah mangkat, tetapi orang Yehuda telah melantik beta menjadi raja mereka.”


Raja bertanya lagi kepadanya, “Adakah sesiapa daripada keluarga Raja Saul yang masih hidup, supaya beta dapat berbuat baik kepadanya menurut janji beta kepada Allah?” Ziba menjawab, “Masih ada seorang anak lelaki Yonatan. Dia tempang.”


Raja Daud bertitah kepadanya, “Jangan takut. Beta akan bermurah hati kepadamu kerana Yonatan, bapamu. Beta akan memberi engkau semula semua tanah yang dahulu dimiliki datukmu Raja Saul. Kamu akan sentiasa dijemput makan di meja beta.”


Kepada Allah Yang Maha Tinggi aku berseru, Dia Allah yang memenuhi segala keperluanku.


Kemudian TUHAN lalu di hadapan Musa dan berfirman, “Aku TUHAN, Allah yang penuh dengan rahmat dan belas kasihan; Aku tidak cepat murka, dan Aku menunjukkan kasih dan kesetiaan yang besar.


Orang yang berbuat baik akan dipercayai dan dihormati, tetapi orang yang berbuat jahat melakukan kesalahan.


“Dengarlah! Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala. Kamu harus waspada seperti ular dan tulus hati seperti burung merpati.


Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu.


Berbahagialah orang yang mengasihani orang lain, Allah juga akan mengasihani mereka!


Pengintip-pengintip itu berkata kepadanya, “Biarlah Allah membunuh kami jika kami tidak memenuhi janji kami. Jika engkau tidak memberitahu orang tentang kami ini, kami berjanji bahawa apabila TUHAN memberikan negeri ini kepada kami kelak, kami akan memperlakukan kamu dengan baik.”


Naomi berkata kepada kedua-dua orang menantunya, “Pulanglah ke rumah ibu kamu. Semoga TUHAN berbuat baik terhadap kamu seperti kamu telah berbuat baik terhadap aku dan terhadap mereka yang telah meninggal.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan