Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 2:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Kemudian orang Yehuda datang ke Hebron, dan dengan upacara pelumuran minyak, mereka melantik Daud menjadi raja Yehuda. Apabila Raja Daud mendengar bahawa penduduk Yabes di Gilead sudah memakamkan jenazah Raja Saul,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Kemudian datanglah orang Yehuda, dan mereka melantik Daud di sana sebagai raja atas keturunan kaum Yehuda. Apabila Daud diberitahu demikian, “Orang Yabesh-Gilead yang memakamkan Saul,”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Kemudian orang Yehuda datang ke Hebron, dan dengan upacara pelumuran minyak, mereka melantik Daud menjadi raja Yehuda. Apabila Raja Daud mendengar bahawa penduduk Yabes di Gilead sudah memakamkan jenazah Raja Saul,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 2:4
16 Iomraidhean Croise  

Kata-kata itu sampai kepada Raja Daud. Oleh itu Raja Daud menyuruh Imam Zadok dan Imam Abyatar bertanya kepada para pemimpin Yehuda, “Mengapa kamu yang terakhir menyambut raja dan mengiringi baginda kembali ke istana?


Orang Yehuda menjawab, “Kami berbuat demikian kerana raja kerabat kami. Mengapa kamu marah? Raja tidak membiayai makanan kami, ataupun memberi kami hadiah apa-apa.”


dari kota Hebron, Raja Daud memerintah Yehuda selama tujuh tahun setengah.


Hendaklah kamu kuat dan tabah hati! Raja Saul, raja kamu sudah mangkat, tetapi orang Yehuda telah melantik beta menjadi raja mereka.”


Apabila Raja Daud mendengar apa yang dilakukan oleh Rizpa,


Raja Daud pergi mengambil tulang-tulang Raja Saul dan puteranya Yonatan, dari penduduk kota Yabes di Gilead. (Penduduk Yabes telah mencuri tulang-tulang itu dari padang kota di Bet-San, tempat orang Filistin menggantung mayat-mayat itu pada hari mereka membunuh Raja Saul di Gunung Gilboa.)


Apabila orang Filistin mengetahui bahawa Raja Daud telah dilantik menjadi raja Israel, tentera mereka keluar untuk menangkap baginda. Tetapi apabila Raja Daud mendengar hal itu, baginda pergi berlindung di sebuah tempat yang berkubu.


Demikianlah semua pemimpin Israel menghadap Raja Daud di Hebron. Raja Daud mengadakan perjanjian dengan mereka, lalu mereka melantik baginda menjadi raja Israel.


Baginda memerintah di Hebron sebagai raja Yehuda selama tujuh tahun setengah, dan di Yerusalem sebagai raja seluruh Israel dan Yehuda selama tiga puluh tiga tahun.


Selepas itu Yoyada membawa Yoas keluar, lalu mengenakan mahkota pada kepala Yoas dan memberi dia sebuah salinan hukum tentang pemerintahan raja. Kemudian Yoas dilantik sebagai raja dan hal itu diumumkan kepada rakyat. Rakyat bertepuk tangan sambil berseru, “Daulat tuanku!”


Apabila penduduk Yabes di Gilead mendengar apa yang telah dilakukan orang Filistin terhadap Raja Saul,


Oleh itu semua pemimpin orang Israel datang kepada Raja Daud di Hebron. Maka Raja Daud membuat perjanjian dengan para pemimpin Israel itu. Kemudian mereka menuang minyak zaitun pada kepala Raja Daud untuk melantik baginda menjadi raja Israel. Peristiwa ini berlaku seperti yang telah dijanjikan TUHAN melalui Samuel.


Pada masa Daud berada di Hebron, banyak askar yang terlatih bergabung dengan dia. Mereka membantu dia menjadi raja bagi menggantikan Raja Saul, sebagaimana yang dijanjikan TUHAN. Jumlah mereka adalah seperti berikut: Daripada suku Yehuda: 6,800 orang, lengkap dengan perisai dan tombak. Daripada suku Simeon: 7,100 orang yang terlatih. Daripada suku Lewi: 4,600 orang. Para pengikut Yoyada, seorang keturunan Harun: 3,700 orang. Sanak saudara Zadok, seorang askar muda yang berani: 22 orang terkemuka. Daripada suku Benyamin (suku Raja Saul): 3,000 orang (kebanyakan orang daripada suku Benyamin tetap setia kepada Raja Saul). Daripada suku Efraim: 20,800 orang yang terkenal dalam puak mereka sendiri. Daripada suku Manasye Barat: 18,000 orang dipilih untuk menjadikan Daud raja. Daripada suku Isakhar: 200 orang pemimpin, bersama dengan anak buah mereka; para pemimpin ini pandai menentukan apa yang harus dilakukan oleh rakyat Israel pada masa yang tepat. Daripada suku Zebulon: 50,000 orang yang setia dan dapat dipercaya, serta mahir menggunakan segala jenis senjata, dan yang bersedia untuk bertempur. Daripada suku Naftali: 1,000 orang pemimpin bersama-sama 37,000 orang yang lengkap dengan perisai dan tombak. Daripada suku Dan: 28,600 orang yang terlatih. Daripada suku Asyer: 40,000 orang yang sedia untuk bertempur. Daripada suku-suku di sebelah timur Yordan, iaitu suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur: 120,000 orang yang mahir menggunakan segala jenis senjata.


Samuel mengambil minyak zaitun, lalu melantik Daud dengan melumuri kepala Daud dengan minyak di hadapan semua abang Daud. Ketika itu juga Roh TUHAN menguasai Daud dan menyertai dia sejak hari itu. Kemudian Samuel pulang ke Rama.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan