Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 2:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Selepas itu Daud bertanya kepada TUHAN, “Adakah TUHAN menghendaki aku pergi menguasai salah sebuah kota di Yehuda?” “Ya,” jawab TUHAN. “Kota yang mana?” tanya Daud. “Hebron,” jawab TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Setelah itu, Daud meminta petunjuk daripada TUHAN, katanya, “Adakah aku harus pergi ke mana-mana satu kota Yehuda?” Firman TUHAN kepadanya, “Pergilah.” Lalu tanya Daud, “Ke manakah harus aku pergi?” Firman-Nya, “Ke Hebron.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Selepas itu Daud bertanya kepada TUHAN, “Adakah TUHAN menghendaki aku pergi menguasai salah sebuah kota di Yehuda?” “Ya,” jawab TUHAN. “Kota yang mana?” tanya Daud. “Hebron,” jawab TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 2:1
26 Iomraidhean Croise  

Selepas itu Abram memindahkan perkhemahannya, lalu menetap berhampiran dengan pokok-pokok keramat di Mamre, dekat Hebron. Di situ dia membina sebuah mazbah untuk TUHAN.


Apabila Yakub nampak malaikat-malaikat itu, dia berkata, “Ini perkhemahan Allah.” Oleh itu dia menamakan tempat itu Mahanaim.


Setelah empat tahun berlalu, Absalom berkata kepada Raja Daud, “Ayahanda, izinkanlah saya pergi ke Hebron untuk memenuhi janji saya kepada TUHAN.


dari kota Hebron, Raja Daud memerintah Yehuda selama tujuh tahun setengah.


Raja Daud bertanya kepada TUHAN, “Haruskah aku menyerang orang Filistin? Adakah Engkau akan memberi aku kemenangan?” “Seranglah!” jawab TUHAN. “Aku akan memberi engkau kemenangan.”


Sekali lagi Raja Daud bertanya kepada TUHAN. TUHAN menjawab, “Jangan serang mereka dari sini. Tetapi berjalanlah mengelilingi tempat ini dan seranglah mereka dari belakang, dekat pokok-pokok kertau.


Baginda menjadi raja Israel selama empat puluh tahun: baginda memerintah di Hebron selama tujuh tahun, dan di Yerusalem selama tiga puluh tiga tahun.


Mereka memberikan yang berikut bagi pembinaan Rumah TUHAN: lebih 170 tan emas, lebih 340 tan perak, hampir 620 tan gangsa, dan lebih 3,400 tan besi.


Zora, Ayalon, dan Hebron.


Setiap pagi ingatkanlah aku tentang kasih-Mu, kerana aku berharap kepada-Mu. Aku berdoa kepada-Mu; tunjukkanlah aku jalan yang harus aku tempuh.


Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN; hanya satu sahaja yang aku minta; untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku, untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya, dan meminta bimbingan-Nya.


TUHAN Raja berfirman, “Sekali lagi Aku akan membenarkan umat Israel meminta pertolongan-Ku, dan Aku akan menambah bilangan mereka seperti sekawanan domba.


Mula-mula mereka pergi ke bahagian selatan tanah itu dan tiba di kota Hebron, tempat tinggal puak Ahiman, Sesai, dan Talmai, semuanya keturunan raksasa yang disebut Enak. Kota Hebron dibina tujuh tahun sebelum kota Soan di Mesir.


Yosua harus minta petunjuk daripada Imam Eleazar, dan Eleazar mesti menanyakan kehendak-Ku dengan menggunakan Urim dan Tumim. Dengan cara ini Eleazar akan memberikan petunjuk kepada Yosua dan segenap umat Israel dalam segala perkara yang dihadapi mereka.”


Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Yosua, sebahagian daripada wilayah Yehuda diberikan kepada Kaleb anak Yefune. Kaleb mendapat kota Hebron, milik Arba, iaitu bapa Enak.


Selepas Yosua meninggal, umat Israel bertanya kepada TUHAN, “Ya TUHAN, suku yang manakah harus pertama pergi menyerang orang Kanaan?”


Oleh itu mereka bertanya kepada TUHAN, “Ya TUHAN, adakah orang itu sudah di sini?” TUHAN menjawab, “Saul bersembunyi di belakang barang-barang.”


Oleh itu dia bertanya kepada TUHAN, “Haruskah aku pergi menyerang orang Filistin?” “Ya,” jawab TUHAN. “Seranglah mereka dan selamatkanlah penduduk Kehila.”


Oleh itu Daud bertanya lagi kepada TUHAN, dan TUHAN menjawab, “Pergilah dan seranglah kota Kehila, kerana Aku akan memberi engkau kemenangan terhadap orang Filistin.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan