Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 18:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Setelah itu baginda menyuruh mereka mara untuk berperang dalam tiga kumpulan, masing-masing dipimpin oleh Yoab, Abisai adik Yoab, dan Itai dari Gat. Raja bertitah kepada anak buahnya, “Beta juga ikut bersama dengan kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Kemudian Daud mengerahkan pasukan itu, sepertiga di bawah perintah Yoab, sepertiga di bawah perintah Abisai anak Zeruya, adik Yoab, dan sepertiga lagi di bawah perintah Itai, orang Gat. Lalu berkatalah raja kepada pasukan itu, “Aku juga akan mara bersama-sama kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Setelah itu baginda menyuruh mereka mara untuk berperang dalam tiga kumpulan, masing-masing dipimpin oleh Yoab, Abisai adik Yoab, dan Itai dari Gat. Raja bertitah kepada anak buahnya, “Beta juga ikut bersama dengan kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 18:2
14 Iomraidhean Croise  

Oleh sebab itu, nasihat hamba begini: Kumpulkanlah semua orang Israel dari seluruh negeri, sehingga jumlahnya sebanyak pasir di pantai. Kemudian tuanku sendiri mengetuai mereka maju bertempur.


Tetapi Abisai anak Zeruya, datang menolong Raja Daud. Abisai menyerang raksasa itu dan membunuh dia. Kemudian anak buah Raja Daud memohon supaya Raja Daud berjanji tidak akan pergi bertempur lagi bersama dengan mereka. “Tuanku adalah harapan Israel,” kata mereka. “Kami tidak mahu kehilangan tuanku.”


Adik Yoab, iaitu Abisai (ibu mereka ialah Zeruya) ialah ketua pasukan “Kumpulan Tiga Puluh.” Abisai pernah berperang dengan tiga ratus orang dan membunuh mereka semua dengan tombaknya. Oleh itu dia menjadi terkenal di kalangan “Kumpulan Tiga Puluh.”


Inilah pegawai-pegawai tinggi yang dilantik oleh Raja Daud: Panglima angkatan bersenjata: Yoab (ibunya Zeruya); Setiausaha istana: Yosafat anak Ahilud; Imam-imam: Zadok anak Ahitub, dan Ahimelekh anak Abyatar; Setiausaha negara: Seraya Ketua pengawal peribadi raja: Benaya anak Yoyada; Imam-imam di istana: putera-putera Raja Daud.


Yoab mendengar apa yang telah berlaku. (Dia telah berpihak kepada Adonia, tetapi dia tidak berpihak kepada Absalom.) Oleh itu dia lari ke Khemah TUHAN dan memegang unjuran-unjuran mazbah.


Aku berbaring, lalu tidur, dan sepanjang malam TUHAN melindungi aku.


Gideon membahagikan anak buahnya kepada tiga pasukan. Kemudian dia memberi tiap-tiap orang sebuah trompet dan sebuah buyung yang berisi obor.


Menjelang tengah malam, Gideon dan seratus orang anak buahnya sampai di pinggir perkhemahan musuh. Pada waktu itu orang yang mengawal perkhemahan itu baru sahaja berganti berkawal. Kemudian Gideon dan pasukannya meniup trompet dan memecahkan buyung mereka.


Oleh itu Abimelekh membawa anak buahnya, membahagikan mereka kepada tiga pasukan, lalu bersembunyi di ladang. Apabila Abimelekh nampak penduduk kota itu meninggalkan kota, dia keluar dari tempat persembunyian lalu membunuh mereka.


Awal pagi keesokan harinya, Raja Saul membahagikan anak buahnya menjadi tiga pasukan. Kemudian, ketika fajar menyingsing, mereka menyerbu ke tengah-tengah perkhemahan orang Amon dan menyerang mereka. Sebelum tengah hari, tentera Raja Saul telah mengalahkan musuh. Orang Amon yang tidak terbunuh, tercerai-cerai sehingga tidak ada dua orang yang lari bersama-sama.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan