Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 16:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Raja bertitah kepada Ziba, “Mulai sekarang segala milik Mefiboset menjadi milikmu.” “Terima kasih tuanku,” jawab Ziba. “Semoga hamba selalu diperkenan oleh tuanku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Lalu kata raja kepada Ziba, “Sekarang, segala milik Mefiboset ialah milikmu.” Jawab Ziba, “Hamba bersujud. Semoga hamba selalu mendapat restu Tuanku Raja.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Raja bertitah kepada Ziba, “Mulai sekarang segala milik Mefiboset menjadi milikmu.” “Terima kasih tuanku,” jawab Ziba. “Semoga hamba selalu diperkenan oleh tuanku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 16:4
14 Iomraidhean Croise  

Yoab sujud di hadapan Raja Daud, lalu berkata, “Kiranya Allah memberkati tuanku! Sekarang hamba tahu bahawa tuanku berkenan kepada hamba kerana tuanku sudah mengabulkan permohonan hamba.”


Wanita itu pergi menghadap raja, lalu sujud dan berkata, “Tuanku, tolonglah hamba!”


“Pulanglah,” jawab raja. “Beta akan mengurus perkara itu.”


Raja bertanya kepadanya, “Di manakah Mefiboset, cucu tuanmu Raja Saul?” Ziba menjawab, “Dia tinggal di Yerusalem, kerana dia yakin bahawa umat Israel akan mengembalikan kerajaan datuknya Raja Saul kepadanya.”


Apabila Raja Daud sampai di Bahurim, seorang dari tempat itu datang menghampiri rombongan raja sambil mengutuki Raja Daud. Orang itu bernama Simei anak Gera, salah seorang sanak saudara Raja Saul.


Malahan dia memfitnah hamba terhadap tuanku. Tetapi tuanku seperti malaikat Allah. Oleh itu lakukanlah kepada hamba apa sahaja kehendak tuanku.


Ketika Mefiboset anak Yonatan, cucu Raja Saul itu tiba, dia sujud untuk menghormati Raja Daud. Raja Daud menyambutnya, dan bertitah, “Mefiboset,” lalu dia menjawab, “Ya, tuanku.”


Selepas itu Raja Daud memanggil Ziba, hamba Raja Saul, dan bertitah kepadanya, “Beta telah menyerahkan segala milik Raja Saul dan keluarganya kepada Mefiboset, cucu tuanmu itu.


Jangan terima rasuah, kerana rasuah membutakan orang terhadap apa yang benar dan merugikan orang yang tidak bersalah.


Orang yang menjawab sebelum mendengar, bukan sahaja bodoh tetapi mempermalu diri sendiri.


Orang yang pertama berucap di mahkamah selalu nampaknya benar, tetapi kenyataannya akan diuji setelah perkaranya diperiksa.


Keghairahan tanpa pengetahuan tidak baik; orang yang tergesa-gesa akan membuat kesalahan.


“Satu orang saksi tidak cukup untuk membuktikan kesalahan seseorang. Sekurang-kurangnya mesti ada dua orang saksi untuk membuktikan bahawa seseorang itu bersalah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan