Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 14:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Kemudian pergilah menghadap raja, dan katakan kepada baginda apa yang saya katakan kepadamu.” Yoab memberitahu wanita itu apa yang harus dikatakannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Kemudian pergilah menghadap raja dan sampaikanlah kepada raja kata-kata ini.” Lalu Yoab mengajarkan apa yang harus dikatakannya kepada raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Kemudian pergilah menghadap raja, dan katakan kepada baginda apa yang saya katakan kepadamu.” Yoab memberitahu wanita itu apa yang harus dikatakannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 14:3
9 Iomraidhean Croise  

Raja bertitah, “Adakah Yoab yang menyuruh kamu?” Jawab wanita itu, “Hamba bersumpah demi tuanku bahawa hamba tidak mungkin mengelak diri daripada pertanyaan tuanku. Memang benar tuanku, Yoab sudah memberitahukan apa yang harus hamba lakukan dan katakan.


Wanita itu pergi menghadap raja, lalu sujud dan berkata, “Tuanku, tolonglah hamba!”


Kemudian saya menyuruh mereka menghadap Ido, ketua masyarakat di Kasifya, untuk meminta dia dan rakan-rakannya, iaitu para pekerja Rumah TUHAN, supaya memberi kami orang untuk bekerja di Rumah TUHAN.


Engkau dapat bercakap dengan dia, dan memberitahu dia apa yang harus dikatakannya. Aku akan menolong kamu berdua, dan memberitahu kamu apa yang harus dikatakan dan dilakukan.


Aku membentangkan langit, dan meletakkan asas bumi; Aku berfirman kepada Yerusalem, ‘Kamulah umat-Ku! Aku telah memberi kamu ajaran-Ku dan melindungi kamu dengan kuasa-Ku.’ ”


Aku membuat perjanjian dengan kamu: Aku telah memberi kamu kuasa-Ku dan ajaran-Ku untuk menjadi milik kamu selama-lamanya. Mulai sekarang hendaklah kamu taat kepada-Ku, dan mengajar anak serta keturunan kamu supaya taat kepada-Ku selama-lamanya.”


Kemudian TUHAN menghulurkan tangan-Nya, menyentuh mulutku dan berfirman, “Dengarlah, Aku memberi engkau firman-Ku yang harus engkau ucapkan.


Kemudian TUHAN memberitahu Bileam apa yang harus dikatakannya, lalu menyuruh dia kembali kepada Raja Balak untuk menyampaikan pesan TUHAN kepada baginda.


Aku akan mengutus seorang nabi kepada mereka, nabi seperti engkau, dan yang daripada bangsa mereka sendiri. Aku akan menyampaikan firman-Ku kepadanya, dan dia akan menyampaikan segala perintah-Ku kepada umat itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan