Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 13:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Tetapi Amnon mempunyai seorang sahabat yang sangat cerdik, namanya Yonadab anak Simea; Simea ialah abang Raja Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Amnon mempunyai seorang sahabat yang sangat cerdik, namanya Yonadab. Dia anak Simea, abang Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Tetapi Amnon mempunyai seorang sahabat yang sangat cerdik, namanya Yonadab anak Simea; Simea ialah abang Raja Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 13:3
21 Iomraidhean Croise  

Ular ialah binatang yang paling licik antara semua binatang yang dijadikan oleh TUHAN Allah. Ular itu bertanya kepada perempuan itu, “Benarkah Allah melarang kamu makan buah daripada sebarang pokok di taman ini?”


Kira-kira pada masa itu Yehuda meninggalkan saudara-saudaranya lalu tinggal bersama dengan Hira, seorang lelaki yang berasal dari kota Adulam.


Beberapa lama kemudian Yehuda mengutus Hira, temannya, untuk menghantarkan kambing itu dan meminta balik benda-benda yang telah diberikannya sebagai cagaran, tetapi Hira tidak dapat menjumpai perempuan itu.


Amnon sangat mengingini Tamar sehingga Amnon jatuh sakit. Tetapi Amnon tidak dapat melakukan apa-apa kerana Tamar masih dara dan tidak boleh berjumpa dengan lelaki.


Tetapi Yonadab, anak Simea abang Raja Daud berkata, “Tuanku, mereka tidak membunuh semua putera tuanku. Hanya Amnon yang dibunuh, kerana sudah jelas bahawa itulah yang dikehendaki Absalom sejak Tamar adiknya dirogol oleh Amnon.


Yonadab berkata kepada Amnon, “Tuan putera raja, namun sehari-hari tuan kelihatan sedih! Mengapa?” Amnon menjawab, “Aku jatuh cinta kepada Tamar, adik Absalom saudaraku itu.”


oleh itu dia menyuruh orang menjemput seorang wanita cerdik yang tinggal di Tekoa. Ketika wanita itu tiba, Yoab berkata kepadanya, “Berpura-puralah berkabung; pakailah pakaian perkabungan dan jangan sikat rambut. Berlakonlah sebagai wanita yang sudah lama berkabung.


Dia mengejek umat Israel, dan Yonatan anak Simea, membunuh dia. Simea ialah abang Raja Daud.


Isai mempunyai tujuh orang anak lelaki. Inilah nama mereka menurut urutan umur: Eliab, Abinadab, Simea,


Yonatan, bapa saudara Raja Daud, ialah seorang penasihat yang bijak dan terpelajar. Dia dan Yehiel anak Hakhmoni diberi tanggungjawab mendidik putera-putera raja.


Tetapi Haman menahan diri dan terus pulang ke rumahnya. Dia menjemput sahabat-sahabatnya ke rumahnya dan memanggil isterinya Zeres duduk bersama-sama mereka.


Setelah mendengar hal itu, isterinya dan semua sahabatnya berkata, “Dirikanlah sebuah tiang penggantungan setinggi 22 meter, dan pagi-pagi esok mintalah supaya raja menjatuhkan hukuman gantung kepada Mordekhai. Kemudian kamu dapat menghadiri jamuan itu dengan hati yang lega.” Haman berpendapat bahawa cadangan itu baik. Oleh itu dia menyuruh orang membina tiang penggantungan itu.


Haman memberitahu isterinya dan semua sahabatnya apa yang sudah terjadi. Isteri dan sahabat-sahabatnya yang bijaksana itu berkata kepadanya, “Engkau mula dikalahkan oleh Mordekhai. Dia orang Yahudi, dan engkau tidak akan dapat melawan dia. Dia pasti akan mengalahkan engkau.”


Setiap orang berusaha untuk mengambil hati orang besar dan mahu bersahabat dengan dermawan.


TUHAN berfirman, “Umat-Ku bodoh; mereka tidak mengenal Aku. Mereka seperti anak-anak bodoh, mereka tidak mempunyai pengertian. Mereka mahir melakukan kejahatan, tetapi gagal melakukan kebaikan.”


Hal itu demikian kerana apa yang dianggap oleh dunia sebagai kebijaksanaan, sebenarnya suatu kebodohan di sisi Allah. Di dalam Alkitab tertulis, “Allah memerangkap orang bijak dengan kepintaran mereka sendiri.”


Kebijaksanaan semacam itu tidak datang dari syurga, tetapi berasal dari dunia, daripada tabiat manusia yang berdosa dan daripada roh jahat!


Kemudian isteri Simson diberikan kepada orang yang menjadi pengiring Simson pada waktu perkahwinan.


Kemudian Samuel bertanya kepada Isai, “Hanya inikah anak lelakimu?” Isai menjawab, “Masih ada seorang lagi, yang bongsu, tetapi dia sedang menggembalakan domba.” Samuel berkata, “Suruhlah orang memanggil dia, kerana kita tidak akan makan bersama-sama sebelum dia datang.”


Kemudian Isai menyuruh Syama menghadap. Samuel berkata, “Dia juga tidak dipilih oleh TUHAN.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan