Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 11:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Pada suatu petang, setelah Raja Daud bangun daripada tidur, baginda pergi berjalan-jalan di bumbung istana yang rata. Dari situ baginda nampak seorang wanita sedang mandi, dan wanita itu sangat cantik.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Pada suatu petang, Daud bangun dari tempat tidurnya lalu berjalan-jalan di atas bumbung istana raja, dan dari atap itu dia terlihat seorang perempuan yang sedang mandi. Sangat cantiknya perempuan itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Pada suatu petang, setelah Raja Daud bangun daripada tidur, baginda pergi berjalan-jalan di bumbung istana yang rata. Dari situ baginda nampak seorang wanita sedang mandi, dan wanita itu sangat cantik.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 11:2
28 Iomraidhean Croise  

Pada masa dia hendak melintasi sempadan negeri Mesir, dia berkata kepada isterinya Sarai, “Engkau perempuan cantik.


Perempuan itu nampak bahawa pokok itu cantik dan buahnya enak dimakan. Dia berfikir betapa baiknya jika dia menjadi bijaksana. Oleh itu dia memetik buah pokok itu dan memakannya. Dia juga memberikan buah pokok itu kepada suaminya, dan suaminya pun makan buah itu.


Apabila Sikhem nampak Dina, dia melarikan gadis itu lalu merogolnya. Sikhem ialah anak lelaki Hamor, orang Hewi yang menjadi pemerintah di wilayah itu.


Segala sesuatu yang dimiliki Potifar dipercayakannya kepada Yusuf. Dengan demikian Potifar sama sekali tidak risau tentang urusan rumahnya, kecuali makanannya. Yusuf berbadan segak dan kacak.


makhluk-makhluk ilahi nampak bahawa gadis-gadis itu cantik. Makhluk-makhluk ilahi itu mengahwini gadis-gadis yang disukai oleh mereka.


Absalom, putera Raja Daud mempunyai seorang adik perempuan bernama Tamar yang cantik dan masih dara. Amnon, putera Raja Daud daripada isteri yang lain jatuh cinta kepada Tamar.


Absalom mempunyai tiga orang putera dan seorang puteri yang sangat cantik, bernama Tamar.


Kemudian Rekhab dan Baana pergi ke rumah Raja Isyboset. Mereka tiba di sana pada waktu tengah hari ketika Raja Isyboset sedang berehat.


Mereka terus masuk ke dalam bilik Raja Isyboset sementara baginda sedang tidur nyenyak. Lalu mereka menikam baginda sampai mati. Mereka memenggal kepala Raja Isyboset lalu membawa kepala itu pergi. Mereka berjalan sepanjang malam melalui Lembah Yordan.


Dengan sumpah aku telah berjanji, tidak memandang gadis muda dengan berahi.


Jangan biarkan aku menumpukan perhatian kepada perkara sia-sia; berilah aku hidup menurut kehendak-Mu.


Orang yang sentiasa tidur dan bermalas-malas pasti akan kelaparan.


Kejelitaan menipu mata, kecantikan pun tidak kekal; tetapi seorang wanita yang menghormati TUHAN harus dipuji.


Jangan kamu tergoda oleh kecantikan mereka, atau terpikat oleh kerlingan mata mereka.


Dia sedang lalu di selekoh jalan, dekat rumah seorang perempuan. Dia lalu dekat rumah perempuan itu


Semua rumah di Yerusalem dan semua rumah raja-raja Yehuda akan menjadi najis seperti Tofet, kerana di bumbung rumah, orang telah membakar kemenyan untuk dewa-dewa langit dan mempersembahkan wain untuk dewa-dewa lain.”


Apa yang Aku katakan kepada kamu secara sulit, hendaklah kamu ulangi di hadapan orang ramai. Apa yang dibisikkan di telinga kamu, umumkanlah seluas-luasnya!


Orang yang di bumbung rumah janganlah turun dan masuk ke rumah untuk mengambil sesuatu.


Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Sesiapa memandang seorang wanita dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan dia di dalam hati.


Keesokan harinya, semasa mereka masih dalam perjalanan dan hampir tiba di Yope, Petrus naik ke atas bumbung rumah pada tengah hari untuk berdoa.


Apabila kamu membina rumah baru, kamu mesti memasang pagar di sekeliling tepi bumbung rumah itu. Dengan demikian kamu tidak dipertanggungjawabkan jika seseorang jatuh dari atas bumbung itu lalu mati.


Jangan ingini kepunyaan orang lain: isterinya, rumahnya, tanahnya, abdinya, ternakannya, keldainya, atau apa-apa pun miliknya.’


Tidak lama lagi segala sesuatu akan berakhir. Oleh itu, kamu harus mengawal diri dan berwaspada, supaya kamu dapat berdoa.


Segala sesuatu di dunia ini, iaitu yang diingini oleh keinginan hati orang berdosa, dan yang dilihat lalu dikehendaki, serta yang dibangga-banggakan, semuanya tidak berasal daripada Bapa, tetapi dari dunia.


Selepas itu mereka pergi dari tempat ibadat lalu masuk ke kota. Saul diberikan tempat tidur di atas bumbung rumah,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan