Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 11:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Raja-raja biasanya pergi berperang pada musim bunga. Pada musim bunga tahun itu, Raja Daud menyuruh Yoab maju berperang bersama dengan para pegawai tentera dan segenap tentera Israel. Mereka mengalahkan orang Amon dan mengepung kota Raba, tetapi Raja Daud tinggal di Yerusalem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Pada musim bunga, iaitu masa raja-raja mara untuk berperang, Daud mengutus Yoab dan para pegawainya serta seluruh orang Israel untuk berperang. Mereka menggempur bani Amon dan mengepung Kota Raba. Namun begitu, Daud sendiri tidak turut mara tetapi tinggal di Yerusalem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Raja-raja biasanya pergi berperang pada musim bunga. Pada musim bunga tahun itu, Raja Daud menyuruh Yoab maju berperang bersama dengan para pegawai tentera dan segenap tentera Israel. Mereka mengalahkan orang Amon dan mengepung kota Raba, tetapi Raja Daud tinggal di Yerusalem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 11:1
15 Iomraidhean Croise  

Apabila tentera Amon nampak tentera Siria lari, mereka meninggalkan Abisai lalu masuk ke dalam kota. Setelah memerangi orang Amon, Yoab pulang ke Yerusalem.


Kemudian nabi itu menghadap Raja Ahab dan berkata, “Pulanglah dan perkuatlah semula tentera tuanku. Buatlah perancangan yang baik, kerana pada musim bunga tahun depan, raja negeri Siria akan menyerang tuanku lagi.”


Pada musim bunga berikutnya, Raja Benhadad mengerah tenteranya dan maju bersama dengan mereka ke Afek untuk menyerang Israel.


Pada musim bunga yang berikutnya, pada masa raja-raja biasanya pergi berperang, Yoab mengerahkan tenteranya dan menyerang negeri Amon, tetapi Raja Daud tinggal di Yerusalem. Yoab dan tenteranya mengepung kota Raba, lalu menyerang serta memusnahkannya.


Pada musim bunga tahun itu, Raja Nebukadnezar menawan Raja Yoyakhin dan membawanya ke Babilonia. Raja Nebukadnezar juga membawa harta dari Rumah TUHAN. Selepas itu Raja Nebukadnezar memilih Zedekia, bapa saudara Raja Yoyakhin, menjadi raja Yehuda dan Yerusalem.


Gilead dan Manasye kepunyaan-Ku, Efraim topi besi-Ku, dan Yehuda tongkat pemerintahan-Ku.


Dia menentukan waktu untuk mengasihi dan waktu untuk membenci, waktu untuk berperang dan waktu untuk berdamai.


Tetapi akan tiba masanya apabila Aku menyebabkan penduduk ibu kota Raba mendengar bunyi pertempuran, lalu kota itu akan terbiar menjadi runtuhan. Pekan-pekan di sekitarnya akan habis terbakar. Kemudian Israel akan mendapat kembali tanahnya daripada mereka yang telah merebutnya.


Hai penduduk Hesybon, menangislah! Kota Ai sudah musnah! Hai kaum wanita kota Raba, berkabunglah! Pakailah kain guni dan berkabunglah. Larilah ke sana ke mari dengan penuh kebingungan. Milkom, dewa kamu akan dibuang negeri bersama dengan para imam dan pegawai pemerintah.


Papan tanda yang satu akan memberikan petunjuk kepada raja Babilonia jalan ke kota orang Amon di Raba, dan yang satu lagi jalan ke Yerusalem, kota yang berkubu di Yehuda.


Oleh itu, Aku akan mengirim api ke tembok kota Raba dan menghanguskan semua kubunya. Pada masa itu akan terdengar keriuhan pertempuran dan peperangan akan memuncak seperti angin ribut.


Kemudian barulah TUHAN akan memerangi bangsa-bangsa itu seperti pada masa dahulu.


Raja Og ialah orang terakhir daripada bangsa Refaim. Peti jenazahnya dibuat daripada batu, berukuran kira-kira dua meter lebar dan kira-kira empat meter panjang menurut ukuran rasmi. Sampai sekarang peti jenazah itu masih dapat dilihat di Raba, kota orang Amon.)


Setiap kali tentera Filistin melancarkan serangan, Daud lebih berjaya mengalahkan mereka daripada para pegawai Raja Saul yang lain. Dengan demikian Daud menjadi semakin termasyhur.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan