1 Yahya 1:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)3 Kami pun memberitahu kamu apa yang sudah kami lihat dan dengar, supaya kamu bersama-sama kami turut menghayati hidup bersatu dengan Bapa dan dengan Anak-Nya Yesus Kristus. Faic an caibideilKitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)3 Adapun yang kami tŭlah mŭlihat dan mŭnŭngar itu, kami mŭnyatakan pada kamu, supaya kamu pun bulih mŭndapat pŭrskutuan dŭngan kami: maka sŭsungguhnya pŭrskutuan kami pun bŭsŭrtalah dŭngan Ayah itu, dan sŭrta dŭngan anaknya iya itu Isa Almasih. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo3 Kami memberitahumu apa yang telah kami lihat dan dengar, supaya kamu juga dapat bersaudara dengan kami. Sesungguhnya, kami hidup dalam keakraban dengan Bapa dan Anak-Nya Yesus Kristus. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik3 Kami pun memberitahu kamu apa yang sudah kami lihat dan dengar, supaya kamu bersama-sama kami turut menghayati hidup bersatu dengan Bapa dan dengan Anak-Nya Yesus Kristus. Faic an caibideil |
dan sedar bahawa Akulah yang menghukum mereka. Tetapi Aku akan menyelamatkan sebahagian daripada mereka, dan mengirim mereka kepada bangsa-bangsa di negeri-negeri jauh, yang belum pernah mendengar tentang kemasyhuran-Ku, ataupun melihat kebesaran-Ku dan kuasa-Ku. Aku akan mengirim mereka ke Sepanyol, Libia dan Lidia dengan para pemanahnya yang cekap, dan juga ke Tubal dan Yunani. Mereka akan mengisytiharkan kebesaran-Ku antara bangsa-bangsa itu.
Aku sentiasa mengingati kamu dengan sukacita. Memang aku patut mempunyai perasaan seperti itu terhadap kamu, kerana kamu semua sudah memberikan kerjasama dalam menjalankan tugas khas yang diberikan oleh Allah kepadaku. Kamu melakukannya baik sekarang semasa aku dipenjarakan, mahupun dahulu sewaktu aku bebas membela dan mempertahankan Berita Baik itu.
Abdi Kristian yang menjadi milik orang Kristian, tidak boleh menghina tuan mereka, kerana mereka saudara seiman. Sebaliknya, abdi harus melayani tuan mereka dengan lebih baik, kerana orang yang menikmati pelayanan itu saudara seiman yang dikasihi. Engkau harus mengajarkan perkara-perkara ini kepada jemaah dan menggalakkan mereka melakukannya.