Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 9:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9-11 “Baiklah!” jawab Saul. “Marilah kita pergi.” Lalu mereka pergi ke kota, tempat hamba Allah itu tinggal. Ketika mereka mendaki bukit menuju ke kota itu, mereka berjumpa dengan beberapa orang gadis yang hendak menimba air di perigi. Mereka bertanya kepada gadis-gadis itu, “Adakah pelihat itu berada di kota?” (Pada zaman itu, seorang nabi disebut pelihat. Oleh itu apabila seseorang hendak menanyakan sesuatu kepada Allah, mereka berkata, “Marilah kita pergi kepada pelihat.”)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 (Dahulu di Israel, apabila seseorang pergi mencari petunjuk Allah, dia akan berkata, “Mari kita pergi kepada pelihat,” kerana yang sekarang disebut nabi, dahulu disebut pelihat.)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9-11 “Baiklah!” jawab Saul. “Marilah kita pergi.” Lalu mereka pergi ke kota, tempat hamba Allah itu tinggal. Ketika mereka mendaki bukit menuju ke kota itu, mereka berjumpa dengan beberapa orang gadis yang hendak menimba air di perigi. Mereka bertanya kepada gadis-gadis itu, “Adakah pelihat itu berada di kota?” (Pada zaman itu, seorang nabi disebut pelihat. Oleh itu apabila seseorang hendak menanyakan sesuatu kepada Allah, mereka berkata, “Marilah kita pergi kepada pelihat.”)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 9:9
16 Iomraidhean Croise  

Ribka mengandung anak kembar. Sebelum anak-anak itu lahir, mereka bergelut di dalam rahim. Ribka berkata, “Mengapakah perkara seperti ini harus berlaku kepadaku?” Oleh itu dia memohon petunjuk daripada TUHAN.


TUHAN berfirman kepada Gad, nabi yang berkhidmat kepada Raja Daud, “Pergilah dan katakanlah kepada Raja Daud bahawa Aku memberikan tiga pilihan kepadanya. Apa saja yang dipilihnya akan Kulakukan.” Keesokan harinya, selepas Raja Daud bangun dari tidur,


TUHAN telah mengutus beberapa orang utusan dan nabi-Nya untuk memberikan amaran kepada Israel dan Yehuda. Firman TUHAN, “Berhentilah berbuat jahat dan taatlah kepada perintah-Ku yang terkandung dalam Taurat yang Aku berikan kepada nenek moyang kamu dan juga kamu melalui para nabi, hamba-hamba-Ku.”


Kemudian TUHAN berfirman kepada Gad, nabi yang berkhidmat kepada Raja Daud,


Selomit dan keluarganya bertanggungjawab mengurus segala sesuatu yang telah diberikan untuk digunakan khas di dalam Rumah TUHAN, termasuk segala persembahan yang telah diberikan oleh Nabi Samuel, Raja Saul, Abner anak Ner, dan Yoab anak Zeruya.


Riwayat hidup Raja Daud dari mula sampai akhir telah dicatat di dalam kitab tiga orang nabi: Nabi Samuel, Nabi Natan, dan Nabi Gad.


Semua orang yang dipilih untuk mengawal pintu-pintu gerbang berjumlah 212 orang. Mereka didaftarkan menurut nama pekan yang menjadi tempat tinggal mereka. Nenek moyang mereka diberikan tugas itu oleh Raja Daud dan Nabi Samuel.


Raja Asa begitu murka terhadap nabi itu sehingga nabi itu dibelenggu. Pada masa itulah Raja Asa mula memperlakukan beberapa orang dengan kejam.


Pada waktu itu Nabi Hanani menghadap Raja Asa dan berkata, “Oleh sebab tuanku telah bersandar kepada raja Siria dan tidak bersandar kepada TUHAN, Allah tuanku, maka hilanglah kesempatan untuk mengalahkan tentera raja Siria.


TUHAN telah membuat kamu mengantuk supaya kamu tidur nyenyak. Para nabi sepatutnya menjadi mata rakyat tetapi Allah telah menutup mata para nabi.


Mereka menyuruh para nabi menutup mulut. Mereka berkata, “Jangan katakan hal yang benar kepada kami, tetapi katakan hal yang ingin kami dengar. Biarlah kami berkhayal.


Kemudian Amazia berkata kepada Amos, “Hai nabi, pulanglah ke Yehuda! Bernubuatlah di sana. Biarlah mereka yang memberikan nafkah kepadamu!


Bagaimanakah tubuh boleh mendengar, jika seandainya seluruh tubuh itu mata sahaja? Bagaimanakah tubuh boleh menghidu, jika seandainya seluruh tubuh itu telinga sahaja?


Selepas Yosua meninggal, umat Israel bertanya kepada TUHAN, “Ya TUHAN, suku yang manakah harus pertama pergi menyerang orang Kanaan?”


Mereka berkata kepadanya, “Tanyakanlah kepada Allah, sama ada kami akan berjaya atau tidak dalam perjalanan kami ini.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan