Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 9:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Saul berkata, “Jika kita pergi berjumpa dengan dia, apakah yang dapat kita berikan kepadanya? Bekal yang kita bawa sudah habis, dan kita tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada hamba Allah itu, bukan?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Kata Saul kepada pembantunya, “Tetapi jika kita pergi ke sana, apakah yang akan kita bawa untuk orang itu? Roti di kantung kita sudah habis. Tidak ada pemberian yang dapat kita bawa kepada hamba Allah itu. Apakah yang masih ada pada kita?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Saul berkata, “Jika kita pergi berjumpa dengan dia, apakah yang dapat kita berikan kepadanya? Bekal yang kita bawa sudah habis, dan kita tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada hamba Allah itu, bukan?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 9:7
10 Iomraidhean Croise  

Lalu raja bertitah kepada nabi itu, “Marilah makan di rumah beta. Beta akan menghadiahi kamu bagi jasamu itu.”


Bawalah untuknya sepuluh buku roti, beberapa ketul kuih, dan sebotol madu. Tanyalah dia apa yang akan terjadi kepada anak kita. Dia akan memberitahu engkau.”


Pada suatu hari yang lain, seorang lelaki datang dari Baal-Salisa. Dia membawa dua puluh buku roti yang dibuat daripada barli yang mula-mula dituai pada tahun itu, untuk Elisa. Lelaki itu juga membawa gandum yang baru. Elisa menyuruh pelayannya membahagi-bahagikan roti itu kepada para nabi.


Naaman bersama dengan semua pengiringnya kembali kepada Elisa. Naaman berkata, “Sekarang saya tahu bahawa hanya ada satu Allah di seluruh dunia, iaitu Allah Israel. Sudilah tuan menerima persembahan saya ini.”


Raja Siria bertitah, “Pergilah kepada raja Israel, dan bawalah surat ini kepadanya.” Kemudian Naaman berangkat sambil membawa 30,000 keping perak, 6,000 keping emas dan sepuluh pasang pakaian yang baik.


raja bertitah kepada Hazael, salah seorang pegawainya, “Bawalah hadiah kepada nabi itu, dan suruh dia bertanya kepada TUHAN sama ada beta akan sembuh atau tidak.”


Oleh itu Hazael membawa segala macam hasil yang terbaik dari Damsyik dan memuatkan semua itu pada empat puluh ekor unta, lalu pergi bertemu dengan Elisa. Apabila Hazael berjumpa dengan Elisa, Hazael berkata, “Raja Benhadad, hamba tuan, menyuruh saya bertanya kepada tuan sama ada baginda akan sembuh daripada penyakitnya atau tidak.”


Kamu menghina Aku di hadapan umat-Ku untuk mendapat hanya beberapa genggam barli dan beberapa ketul roti. Orang yang tidak patut mati, kamu bunuh sedangkan orang yang tidak patut hidup, kamu biarkan hidup. Lalu kamu berdusta kepada umat-Ku dan mereka percaya kepada kamu.’ ”


Tolong jangan pergi sebelum aku membawa persembahan untuk Tuhan.” Dia menjawab, “Aku akan menunggu sehingga engkau kembali.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan