Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 9:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Hambanya menjawab, “Tunggu dulu! Di kota ini ada seorang hamba Allah. Dia sangat dihormati orang kerana apa sahaja yang dikatakannya selalu benar-benar terjadi. Marilah kita pergi berjumpa dengan dia. Barangkali dia dapat memberitahu kita di mana keldai-keldai itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Jawab pembantu itu kepadanya, “Tunggu sebentar, di kota ini ada seorang hamba Allah yang sangat dihormati. Segala yang dikatakannya akan terjadi. Mari kita pergi ke sana sekarang. Barangkali dia dapat memberitahu kita jalan yang perlu kita lalui.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Hambanya menjawab, “Tunggu dulu! Di kota ini ada seorang hamba Allah. Dia sangat dihormati orang kerana apa sahaja yang dikatakannya selalu benar-benar terjadi. Marilah kita pergi berjumpa dengan dia. Barangkali dia dapat memberitahu kita di mana keldai-keldai itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 9:6
16 Iomraidhean Croise  

Ketika saya tiba di perigi hari ini, saya berdoa, ‘Ya TUHAN, Allah tuanku Abraham, tolonglah supaya tugasku berjaya.


Selanjutnya raja bertitah kepada Zadok, “Ajaklah Ahimaas anakmu dan Yonatan anak Abyatar, dan kembalilah ke kota dengan tenang.


Pada masa itu, ada seorang nabi dari Yehuda. Dia disuruh oleh TUHAN untuk pergi ke Betel. Nabi itu tiba di sana ketika Raja Yerobeam berdiri di depan mazbah untuk mempersembahkan korban.


Apabila Nabi Elisa mendengar apa yang telah berlaku, dia mengirim berita kepada raja. Katanya, “Mengapakah tuanku risau? Suruhlah orang itu datang kepada hamba. Hamba akan menunjukkan kepadanya bahawa ada seorang nabi di Israel!”


Elisa bertanya, “Di manakah mata kapak itu jatuh?” Orang itu menunjukkan tempatnya. Elisa memotong sebatang kayu lalu melemparkannya ke tempat itu. Tiba-tiba mata kapak daripada besi itu timbul di permukaan air.


Orang yang taat kepada TUHAN akan ditunjukkan-Nya jalan yang harus ditempuh.


Tetapi apabila hamba-Ku bernubuat, apabila Aku mengutus hamba-Ku untuk menyatakan rancangan-Ku, Aku melaksanakan nubuat dan rancangan itu. Aku berfirman bahawa Yerusalem akan didiami semula, dan kota-kota Yehuda akan dibina semula. Kota-kota itu akan bangkit daripada runtuhan.


Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.”


Sebelum meninggal, Musa, hamba Allah itu, memberkati umat Israel dengan kata-kata ini:


Kamulah saksi kami, demikian juga Allah. Kelakuan kami suci, benar, dan tidak bercela terhadap kamu yang percaya kepada Kristus.


Perlakukanlah mereka dengan penuh hormat dan kasihilah mereka, kerana semuanya yang dilakukan oleh mereka. Hendaklah kamu hidup rukun.


Tetapi engkau, hai orang yang melakukan kehendak Allah, jauhkanlah dirimu daripada segala perkara itu. Berusahalah supaya sentiasa melakukan kehendak Allah, hidup beribadat, sentiasa percaya kepada Kristus, mengasihi saudara seiman, tabah menghadapi penderitaan, dan bersikap lemah-lembut.


Pada suatu hari seorang nabi datang kepada Eli dan menyampaikan perkhabaran daripada TUHAN. Nabi itu berkata, “TUHAN berfirman, ‘Ketika nenek moyangmu Harun dan keluarganya menjadi hamba raja Mesir, Aku menampakkan diri kepada Harun.


Hamba itu menjawab, “Saya mempunyai sekeping wang perak. Saya boleh memberikan wang ini kepada hamba Allah itu, supaya dia dapat memberitahu kita di mana keldai-keldai itu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan