Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 8:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Sejak Aku membawa mereka keluar dari Mesir, mereka sudah membelakangi Aku dan menyembah dewa-dewa. Sekarang, apa yang dilakukan mereka terhadap engkau, sudah selalu dilakukan mereka terhadap Aku juga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Sebagaimana mereka memperlakukan Aku sejak Aku memimpin mereka keluar dari Mesir bahkan sampai hari ini, iaitu meninggalkan Aku dan beribadat kepada pelbagai tuhan lain, demikian jugalah mereka memperlakukan kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Sejak Aku membawa mereka keluar dari Mesir, mereka sudah membelakangi Aku dan menyembah dewa-dewa. Sekarang, apa yang dilakukan mereka terhadap engkau, sudah selalu dilakukan mereka terhadap Aku juga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 8:8
22 Iomraidhean Croise  

Mereka tidak akan menjadi seperti nenek moyang mereka, umat yang sentiasa memberontak dan tidak taat; iman mereka tidak pernah kukuh, dan mereka tidak setia kepada Allah.


Mereka berkata kepada Musa dan Harun, “Lebih baik sekiranya kami mati dibunuh oleh TUHAN di Mesir. Di sana sekurang-kurangnya kami dapat duduk, serta makan daging, dan seberapa banyak makanan yang kami inginkan. Tetapi kamu telah membawa kami ke padang gurun ini supaya kami semua mati kelaparan.”


Mereka bersungut-sungut terhadap Musa dan berkata, “Berilah kami air minum.” Musa menjawab, “Mengapakah kamu bersungut-sungut? Mengapakah kamu menguji TUHAN?”


Apabila orang Israel melihat bahawa Musa berada di gunung itu lama sekali, dan dia belum juga turun, mereka mengerumuni Harun dan berkata kepadanya, “Kita tidak tahu apa telah berlaku kepada si Musa, yang telah memimpin kita keluar dari Mesir; oleh itu buatlah satu tuhan bagi kami untuk memimpin kami.”


tiap-tiap tujuh tahun mereka mesti membebaskan sesiapa sahaja orang Ibrani yang telah menjadi hamba mereka selama enam tahun. Tetapi nenek moyang kamu tidak memperhatikan atau mendengarkan firman-Ku.


“Hai manusia fana, Aku mengutus engkau kepada umat Israel. Mereka telah memberontak terhadap Aku seperti nenek moyang mereka dahulu. Sampai sekarang mereka masih memberontak.


Keesokan harinya, semua orang Israel bersungut-sungut terhadap Musa dan Harun. Mereka berkata, “Kamu sudah membunuh sebahagian umat TUHAN.”


Sejak aku mengenal kamu, kamu sentiasa memberontak terhadap TUHAN.


Umat Israel berdosa lagi terhadap TUHAN, lalu TUHAN membiarkan orang Filistin menguasai mereka selama empat puluh tahun.


Oleh itu TUHAN sangat murka terhadap umat Israel dan berfirman, “Bangsa ini sudah memungkiri perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka. Mereka memberontak terhadap Aku.


Selepas Ehud meninggal, umat Israel berdosa lagi terhadap TUHAN.


Sekali lagi umat Israel berdosa terhadap TUHAN. Oleh itu TUHAN membiarkan orang Midian menjajah mereka selama tujuh tahun.


Kemudian TUHAN berfirman kepadanya, “Kabulkanlah segala permintaan mereka. Bukan engkau yang ditolak oleh mereka; sebenarnya, Akulah yang ditolak oleh mereka sebagai raja.


Oleh itu kabulkanlah permintaan mereka; tetapi berikanlah amaran yang tegas kepada mereka, dan beritahukan cara raja mereka itu akan memperlakukan mereka.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan