Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 8:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Kemudian TUHAN berfirman kepadanya, “Kabulkanlah segala permintaan mereka. Bukan engkau yang ditolak oleh mereka; sebenarnya, Akulah yang ditolak oleh mereka sebagai raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Kemudian TUHAN berfirman kepada Samuel, “Tunaikanlah segala permintaan umat itu kepadamu. Mereka bukannya menolak engkau tetapi mereka menolak Aku kerana tidak mahu Aku bertakhta atas mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Kemudian TUHAN berfirman kepadanya, “Kabulkanlah segala permintaan mereka. Bukan engkau yang ditolak oleh mereka; sebenarnya, Akulah yang ditolak oleh mereka sebagai raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 8:7
22 Iomraidhean Croise  

Kemudian Musa berkata, “TUHAN akan memberi kamu daging untuk dimakan pada waktu petang, dan seberapa banyak roti yang kamu kehendaki pada waktu pagi, kerana Dia telah mendengar betapa seringnya kamu bersungut terhadap-Nya. Sesungguhnya, sungutan kamu bukanlah terhadap kami, tetapi terhadap TUHAN.”


Oleh itu Aku akan menimpakan bencana kepada mereka, iaitu bencana yang ditakuti mereka. Hal itu berlaku kerana ketika Aku memanggil, tidak seorang pun menjawab, dan ketika Aku berfirman, tidak seorang pun mendengar. Mereka memilih untuk membantah Aku dan berbuat jahat.”


tiap-tiap tujuh tahun mereka mesti membebaskan sesiapa sahaja orang Ibrani yang telah menjadi hamba mereka selama enam tahun. Tetapi nenek moyang kamu tidak memperhatikan atau mendengarkan firman-Ku.


“Hai manusia fana, Aku mengutus engkau kepada umat Israel. Mereka telah memberontak terhadap Aku seperti nenek moyang mereka dahulu. Sampai sekarang mereka masih memberontak.


Tetapi tidak seorang pun antara umat Israel akan mendengar engkau kerana mereka tidak mahu mendengar Aku. Mereka semua degil dan suka melawan.


Pada malam itu Allah berfirman kepada Bileam, “Semua orang itu sudah datang untuk meminta engkau pergi dengan mereka. Oleh itu bersiap-siaplah untuk pergi, tetapi hanya lakukan apa yang Aku firmankan kepadamu.”


“Sesiapa yang menyambut kamu, menyambut Aku juga; dan sesiapa yang menyambut Aku, menyambut Dia yang mengutus Aku.


Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Orang yang mendengar kata-kata kamu, mendengar kata-kata-Ku juga. Tetapi orang yang menolak kamu, menolak Aku juga. Orang yang menolak Aku, juga menolak Dia yang mengutus Aku.”


Tetapi penduduk negerinya membenci dia. Setelah dia berangkat, mereka mengirim utusan untuk mengatakan, ‘Kami tidak mahu orang ini menjadi raja kami.’


Sekarang bawa ke mari musuh beta yang tidak mahu beta menjadi raja mereka. Bunuhlah mereka semua di hadapan beta!’ ”


Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Seorang hamba tidak lebih penting daripada tuannya. Seorang utusan tidak lebih penting daripada orang yang mengutusnya.


Gideon menjawab, “Saya tidak akan menjadi pemimpin kamu; anak saya pun tidak. TUHAN yang menjadi pemimpin kamu.”


Akulah Allah kamu yang melepaskan kamu daripada segala kesengsaraan dan penderitaan. Tetapi sekarang kamu telah menolak Aku, Allah kamu, kerana kamu minta Aku melantik seorang raja bagi kamu. Baiklah, berkumpullah di hadapan-Ku, TUHAN kamu, suku demi suku dan puak demi puak.’ ”


Selepas itu Samuel berkata kepada segenap umat Israel, “Aku sudah memenuhi segala permintaan kamu. Aku sudah melantik seorang raja untuk memerintah kamu.


Tetapi apabila kamu tahu bahawa Raja Nahas dari Amon itu hendak menyerang kamu, kamu menolak TUHAN sebagai raja kamu. Kamu berkata kepadaku, ‘Kami mahu seorang raja untuk memerintah kami.’


TUHAN menjawab, “Kabulkanlah permintaan mereka. Lantiklah seorang raja bagi mereka.” Setelah itu Samuel menyuruh semua orang Israel pulang ke rumah masing-masing.


Sejak Aku membawa mereka keluar dari Mesir, mereka sudah membelakangi Aku dan menyembah dewa-dewa. Sekarang, apa yang dilakukan mereka terhadap engkau, sudah selalu dilakukan mereka terhadap Aku juga.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan