Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 8:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Samuel tidak suka dengan permintaan mereka itu, lalu dia berdoa kepada TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Tetapi Samuel amat tidak senang apabila mereka berkata, “Berikanlah kepada kami seorang raja untuk memerintah kami,” lalu berdoalah dia kepada TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Samuel tidak suka dengan permintaan mereka itu, lalu dia berdoa kepada TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 8:6
18 Iomraidhean Croise  

Mereka menuduh aku, walaupun aku mengasihi mereka, dan telah mendoakan mereka.


Musa berkata kepada Harun, “Apakah yang telah dilakukan umat ini kepadamu sehingga engkau membiarkan mereka berdosa besar?”


Ampunkanlah dosa mereka; jika tidak, hapuskanlah namaku dari kitab yang Engkau tuliskan dengan nama-nama umat-Mu.”


Kamu meminta raja dan pemimpin, tetapi dapatkah mereka menyelamatkan bangsa ini?


Musa sangat marah lalu berkata kepada TUHAN, “Janganlah terima apa-apa persembahan daripada mereka. Aku tidak pernah berbuat salah terhadap mereka; bahkan seekor keldai pun tidak pernah aku ambil daripada mereka.”


Tetapi Musa dan Harun bersujud dan berkata, “Ya Allah, Engkaulah sumber kehidupan bagi semua yang hidup. Jika hanya seorang yang berdosa, adakah Engkau murka terhadap segenap umat?”


lalu Musa berkata kepada Harun, “Ambillah perbaraanmu dan isilah dengan bara api dari mazbah, lalu bubuhlah kemenyan pada bara api itu. Bawalah perbaraan itu kepada umat dengan segera, dan lakukanlah upacara penyucian untuk mereka. Cepat! Kemurkaan TUHAN sudah berkobar dan wabak sudah bermula.”


Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.


Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang.


Akulah Allah kamu yang melepaskan kamu daripada segala kesengsaraan dan penderitaan. Tetapi sekarang kamu telah menolak Aku, Allah kamu, kerana kamu minta Aku melantik seorang raja bagi kamu. Baiklah, berkumpullah di hadapan-Ku, TUHAN kamu, suku demi suku dan puak demi puak.’ ”


Tetapi apabila kamu tahu bahawa Raja Nahas dari Amon itu hendak menyerang kamu, kamu menolak TUHAN sebagai raja kamu. Kamu berkata kepadaku, ‘Kami mahu seorang raja untuk memerintah kami.’


Sekarang musim kemarau, bukan? Tetapi aku akan berdoa, lalu TUHAN akan menurunkan guruh dan hujan sebagai jawapan doaku. Apabila perkara itu berlaku, kamu akan sedar betapa besarnya dosa kamu terhadap TUHAN kerana minta seorang raja.”


Mereka berkata kepada Samuel, “Tolonglah tuan, berdoalah kepada TUHAN Allah tuan untuk kami, supaya kami tidak mati. Sekarang kami sedar bahawa selain dosa kami yang banyak, kami sudah berdosa lagi apabila kami meminta seorang raja.”


Bagi diriku, berdosalah aku terhadap TUHAN jika aku tidak lagi berdoa untuk kamu; semoga TUHAN menghindarkan dosa itu daripadaku. Sebaliknya aku akan terus mengajar kamu hal-hal yang baik dan yang benar.


“Aku menyesal telah melantik Saul sebagai raja. Dia sudah membelakangi Aku dan tidak lagi taat kepada perintah-Ku.” Samuel marah, dan sepanjang malam dia merayu kepada TUHAN.


Selepas itu Samuel berkata, “Kumpulkanlah segenap umat Israel di Mizpa. Kemudian aku akan berdoa untuk kamu di situ.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan