Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 8:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Mereka berkata kepadanya, “Dengarlah tuan, tuan sudah tua dan anak-anak tuan tidak menurut teladan tuan. Oleh itu, lebih baik tuan melantik seorang raja bagi kami, supaya kami pun mempunyai seorang raja seperti bangsa-bangsa lain.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Kata mereka kepadanya, “Sesungguhnya, tuan sudah tua dan anak-anak tuan tidak hidup mengikuti jejak tuan. Sekarang, lantiklah bagi kami seorang raja untuk memerintahkan kami seperti semua bangsa lain.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Mereka berkata kepadanya, “Dengarlah tuan, tuan sudah tua dan anak-anak tuan tidak menurut teladan tuan. Oleh itu, lebih baik tuan melantik seorang raja bagi kami, supaya kami pun mempunyai seorang raja seperti bangsa-bangsa lain.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 8:5
12 Iomraidhean Croise  

Dari puncak gunung aku nampak mereka, dari atas bukit aku memperhatikan mereka. Mereka suatu bangsa yang hidup tersendiri, mereka tahu, mereka diberkati lebih daripada bangsa lain.


Apabila mereka meminta seorang raja, Allah memberi mereka Saul anak Kis daripada suku Benyamin untuk menjadi raja selama empat puluh tahun.


Selepas itu umat Israel berkata kepada Gideon, “Tuan telah menyelamatkan kami daripada kekuasaan orang Midian. Sekarang hendaklah tuan menjadi pemimpin kami - tuan dan keturunan tuan.”


Akulah Allah kamu yang melepaskan kamu daripada segala kesengsaraan dan penderitaan. Tetapi sekarang kamu telah menolak Aku, Allah kamu, kerana kamu minta Aku melantik seorang raja bagi kamu. Baiklah, berkumpullah di hadapan-Ku, TUHAN kamu, suku demi suku dan puak demi puak.’ ”


Sekarang, kamu mempunyai seorang raja pilihan kamu sendiri. Kamu minta seorang raja, dan TUHAN sudah memberikan raja kepada kamu.


Sekarang musim kemarau, bukan? Tetapi aku akan berdoa, lalu TUHAN akan menurunkan guruh dan hujan sebagai jawapan doaku. Apabila perkara itu berlaku, kamu akan sedar betapa besarnya dosa kamu terhadap TUHAN kerana minta seorang raja.”


Mulai sekarang dialah yang akan memimpin kamu. Lihatlah, aku ini sudah tua dan beruban; anak-anakku ada bersama dengan kamu. Aku memimpin kamu lama sekali - sejak masa mudaku sampai sekarang.


Jangan khuatir tentang keldai yang hilang tiga hari dahulu. Keldai-keldai itu sudah dijumpai. Lagipun, yang paling diingini oleh umat Israel ialah kamu; kamu dan keluarga bapamu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan