Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 8:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Tetapi mereka tidak mengikuti teladan bapa mereka. Mereka hanya mencari keuntungan diri sendiri; mereka menerima rasuah dan menghakimi rakyat dengan tidak adil.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Namun begitu, pekerti mereka bukan sahaja tidak seperti bapa mereka, malahan mereka tidak hidup mengikuti jejaknya. Mereka menyimpang demi mengejar laba dan mereka menerima rasuah serta memutarbalikkan keadilan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Tetapi mereka tidak mengikuti teladan bapa mereka. Mereka hanya mencari keuntungan diri sendiri; mereka menerima rasuah dan menghakimi rakyat dengan tidak adil.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 8:3
18 Iomraidhean Croise  

Absalom berkata lagi, “Andaikata saya ini hakim, setiap orang yang mempunyai perselisihan atau tuntutan boleh datang kepada saya, dan saya akan memperlakukannya dengan adil.”


yang memberi pinjaman tanpa memungut bunga dan tidak dapat disuap untuk menyalahkan orang yang tidak bersalah. Orang yang melakukan segala itu sentiasa tenteram.


iaitu orang yang sentiasa melakukan kejahatan dan selalu sedia menerima rasuah.


Tetapi selain hal itu, kamu harus memilih beberapa orang lelaki yang bijaksana. Lantiklah mereka sebagai pemimpin rakyat untuk mengetuai seribu orang, seratus orang, lima puluh orang, dan sepuluh orang. Mereka mestilah orang yang takut akan Allah, yang dapat dipercayai, dan yang tidak mahu menerima rasuah.


Jangan rampas keadilan daripada orang miskin yang datang mengadu di mahkamah.


Jangan terima rasuah, kerana rasuah membutakan orang terhadap apa yang benar dan merugikan orang yang tidak bersalah.


Siapa tahu? Mungkin dia bijak, mungkin dia bodoh! Namun dia akan mewarisi semua yang telah kuusahakan; segala yang telah kuperoleh di dunia dengan hikmatku. Semua itu sia-sia.


Pemimpinmu pemberontak dan sahabat pencuri. Mereka sentiasa menerima hadiah dan rasuah. Mereka tidak membela anak yatim piatu ataupun mendengar aduan para balu.


Kamu akan selamat jika pertuturan dan perbuatan kamu benar. Jangan gunakan kuasa kamu untuk menipu orang miskin, dan jangan terima rasuah. Jangan ikut orang yang merancangkan pembunuhan atau melakukan kejahatan lain.


Para penguasa kota menjalankan pemerintahan untuk mendapat rasuah, para imam mentafsirkan Taurat untuk mendapat upah, dan para nabi pula menyatakan wahyu untuk mendapat wang; tetapi mereka semua mengatakan bahawa TUHAN menyertai mereka. Mereka berkata, “Bencana tidak akan menimpa kita, kerana TUHAN menyertai kita.”


Mereka tidak boleh bersikap curang atau berat sebelah apabila menjalankan penghakiman. Mereka tidak boleh menerima rasuah kerana rasuah membutakan orang, bahkan orang bijak dan jujur sekalipun, sehingga mereka membuat keputusan yang salah.


dan bukan seorang pemabuk yang suka berkelahi. Sebaliknya, dia mesti lemah-lembut dan suka akan kedamaian. Dia tidak boleh tamak akan wang.


Sikap mencintai wang menimbulkan segala macam kejahatan. Ada orang yang mengejar wang, sehingga menyangkal Kristus dan akhirnya menderita serta berdukacita.


Mulai sekarang dialah yang akan memimpin kamu. Lihatlah, aku ini sudah tua dan beruban; anak-anakku ada bersama dengan kamu. Aku memimpin kamu lama sekali - sejak masa mudaku sampai sekarang.


Aku akan memilih seorang imam yang setia kepada-Ku dan yang melakukan segala perintah-Ku. Aku akan memberi dia keturunan yang sentiasa bertugas sebagai imam kepada raja yang Aku pilih.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan