Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 7:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Samuel menyembelih seekor anak domba muda lalu mempersembahkannya sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Setelah itu dia berdoa minta TUHAN menolong Israel, dan TUHAN mengabulkan doanya itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Lalu Samuel mengambil seekor anak domba yang masih menyusu dan mempersembahkannya bulat-bulat sebagai korban bakaran kepada TUHAN. Samuel berseru kepada TUHAN bagi orang Israel dan TUHAN menjawabnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Samuel menyembelih seekor anak domba muda lalu mempersembahkannya sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Setelah itu dia berdoa minta TUHAN menolong Israel, dan TUHAN mengabulkan doanya itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 7:9
16 Iomraidhean Croise  

Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan; Aku akan menyelamatkan kamu, dan kamu akan memuji Aku.”


Musa dan Harun termasuk imam-imam-Nya, dan Samuel salah seorang yang berdoa kepada Dia; mereka berseru kepada TUHAN dan Dia menjawab mereka.


Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, “Aku tidak akan mengasihani bangsa ini, walaupun Musa dan Samuel berdiri di sini untuk memohon belas kasihan-Ku bagi mereka. Suruhlah bangsa ini pergi, Aku tidak mahu melihat mereka!


Kemudian aku berdoa kepada-Nya, ‘Ya TUHAN Raja, jangan binasakan umat-Mu, yang sudah Engkau selamatkan dan bawa keluar dari Mesir dengan kekuatan dan kuasa-Mu yang besar.


Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui kesalahan dan berdoa bagi satu sama lain, supaya kamu disembuhkan. Doa orang yang melakukan kehendak Allah mempunyai kuasa yang besar.


Binalah sebuah mazbah yang batunya disusun dengan baik di atas timbunan itu; mazbah itu bagi TUHAN, Allahmu. Kemudian ambillah lembu itu dan bakarlah seluruhnya sebagai korban. Gunakanlah tiang lambang Dewi Asyera yang telah engkau robohkan itu sebagai kayu api.”


Ketika penduduk kota itu bangun esok paginya, mereka mendapati bahawa mazbah Baal dan tiang lambang Dewi Asyera telah dirobohkan. Mereka nampak juga bahawa di tempat itu telah dibina sebuah mazbah, dan lembu jantan itu telah dibakar sebagai korban.


Selepas itu kamu harus pergi ke Gilgal lebih awal daripada saya, dan tunggu di sana selama tujuh hari. Kemudian saya akan datang untuk mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan korban untuk memohon berkat TUHAN, serta memberitahu kamu apa yang harus kamu lakukan.”


Sekarang musim kemarau, bukan? Tetapi aku akan berdoa, lalu TUHAN akan menurunkan guruh dan hujan sebagai jawapan doaku. Apabila perkara itu berlaku, kamu akan sedar betapa besarnya dosa kamu terhadap TUHAN kerana minta seorang raja.”


Samuel bertanya, “Bagaimana mungkin aku berbuat demikian? Jika Raja Saul mendengar hal ini, tentu baginda akan membunuh aku!” TUHAN menjawab, “Bawalah seekor anak lembu dan katakanlah bahawa engkau ke sana untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN.


Aku akan memilih seorang imam yang setia kepada-Ku dan yang melakukan segala perintah-Ku. Aku akan memberi dia keturunan yang sentiasa bertugas sebagai imam kepada raja yang Aku pilih.


Selepas itu dia selalu pulang ke rumahnya di Rama. Di sana dia juga menjadi hakim umat Israel. Di Rama, dia membina sebuah mazbah untuk TUHAN.


“Ada,” jawab gadis-gadis itu. “Dia baru saja berjalan mendahului kamu. Jika kamu cepat, mungkin kamu boleh menyusul dia. Sebaik saja kamu sampai di kota, kamu akan menjumpai dia. Dia baru datang ke kota kerana pada hari ini, rakyat akan mempersembahkan korban di atas mazbah di bukit. Para jemputan tidak akan makan sebelum dia datang, kerana dia mesti memberkati korban itu dahulu. Jika kamu pergi sekarang, kamu akan sempat menjumpainya sebelum dia mendaki bukit untuk makan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan