Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 7:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Oleh itu mereka semua berkumpul di Mizpa. Mereka menimba air lalu menuangkannya sebagai persembahan untuk TUHAN. Mereka juga berpuasa sepanjang hari. Mereka berkata, “Kami sudah berdosa terhadap TUHAN.” (Di Mizpa Samuel menyelesaikan perkara-perkara perselisihan antara umat Israel).

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Maka berkumpullah mereka di Mizpa. Mereka menimba air dan mencurahkannya di hadapan TUHAN. Pada hari itu mereka berpuasa di sana dan berkata, “Kami telah berdosa terhadap TUHAN.” Samuel pun menjadi hakim kepada orang Israel di Mizpa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Oleh itu mereka semua berkumpul di Mizpa. Mereka menimba air lalu menuangkannya sebagai persembahan untuk TUHAN. Mereka juga berpuasa sepanjang hari. Mereka berkata, “Kami sudah berdosa terhadap TUHAN.” (Di Mizpa Samuel menyelesaikan perkara-perkara perselisihan antara umat Israel).

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 7:6
47 Iomraidhean Croise  

Laban berkata juga, “Semoga TUHAN mengawasi kita selama kita hidup berjauhan.” Itulah sebabnya tempat itu dinamakan juga Mizpa.


Kita semua akan mati; kita ini umpama air yang tumpah ke tanah dan tidak dapat dikumpulkan lagi. Allah pun tidak akan menghidupkan semula orang yang sudah mati, tetapi sekurang-kurangnya tuanku dapat mengusahakan supaya orang buangan itu boleh pulang lagi.


dengarkanlah umat-Mu. Jika mereka bertaubat dan berdoa kepada-Mu di negeri itu, serta mengaku bahawa mereka telah berdosa dan berbuat jahat, dengarkanlah doa mereka, ya TUHAN.


Mendengar hal itu tiga orang pahlawannya menembusi perkhemahan orang Filistin, mengambil air dari perigi itu, lalu membawanya kepada Raja Daud. Tetapi Raja Daud tidak mahu meminum air itu, malahan mencurahkannya sebagai persembahan kepada TUHAN.


Raja Yosafat takut lalu berdoa kepada TUHAN meminta petunjuk. Kemudian baginda memerintah penduduk negeri supaya berpuasa.


sehingga Engkau membiarkan musuh mengalahkan dan menguasai mereka. Pada masa kesusahan, mereka berseru minta tolong kepada-Mu; dari syurga, Engkau menjawab mereka. Demi belas kasihan-Mu Engkau mengutus para pemimpin, yang menyelamatkan mereka daripada musuh.


Sahabat-sahabatku menghina aku, aku menangis di hadapan Allah.


Sebagai ganti makan, aku mengeluh, tidak hentinya aku mengaduh.


Maka di hadapan khalayak ramai dia akan berkata, ‘Aku telah berdosa. Aku telah berbuat salah, tetapi Allah mengampuni aku.


“Aku telah bercakap seperti orang bodoh, ya TUHAN. Jawapan apakah yang dapat aku berikan? Tiada lagi yang hendak aku katakan.


Oleh itu, aku malu kerana segala perkataanku, dan dengan menyesal aku duduk dalam debu dan abu.”


Kami telah berdosa seperti nenek moyang kami; kami jahat dan keji.


Air mataku mengalir seperti sungai, kerana orang tidak taat kepada Taurat-Mu.


Aku merindukan Engkau, Allah yang hidup; bilakah aku dapat beribadat di hadirat-Mu?


Di alam maut Engkau tidak diingat lagi; tiada sesiapa pun memuji Engkau di dunia orang mati.


Penyelamatanku dan kehormatanku bergantung kepada Allah; Dialah pelindungku yang kuat; Dialah tempat perlindunganku.


Kami telah berpaling daripada-Mu, tetapi kami menyesali perbuatan itu. Setelah Engkau menghukum kami, kami menundukkan kepala kerana sedih. Kami malu dan dihina kerana kami berdosa pada masa muda.’


Pada bulan kesembilan dalam tahun kelima pemerintahan Raja Yoyakim sebagai raja Yehuda, rakyat berpuasa supaya diperkenankan TUHAN. Semua orang yang tinggal di Yerusalem berpuasa dan orang yang datang ke sana dari kota-kota di Yehuda pun berpuasa.


Alangkah baiknya jika kepalaku seperti perigi yang penuh dengan air, dan mataku seperti pancuran yang terus mengalir, supaya aku dapat menangis siang dan malam, meratapi orang sebangsaku yang dibunuh lawan.


Mataku bengkak kerana menangis tanpa berhenti; jiwaku merana tidak terperi. Hatiku hancur melihat kebinasaan bangsaku, melihat kanak-kanak dan bayi pengsan di jalan kota.


Air mataku tidak akan berhenti bercucuran


Hal yang kami bangga-banggakan sudah tiada. Kini kami dihukum kerana berdosa.


Hai manusia fana, adakah engkau bersedia menjatuhkan hukuman kepada mereka? Kalau engkau sedia melakukan hal itu, ingatkanlah mereka tentang segala perbuatan jijik yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.


Hai kamu imam-imam, dengarlah! Hai umat Israel, perhatikanlah baik-baik! Hai kamu anggota kerabat diraja, dengarlah! Kamulah yang seharusnya menghakimi dengan adil, tetapi kamu sendiri akan diadili! Kamu telah menjadi seperti perangkap di Mizpa, seperti jaring yang di pasang di Gunung Tabor,


TUHAN berfirman, “Tetapi sekarang bertaubatlah dengan sungguh-sungguh dan kembalilah kepada-Ku dengan berpuasa, menangis, dan meratap.


Peraturan-peraturan yang berikut harus dipatuhi selama-lamanya. Pada hari kesepuluh bulan ketujuh, orang Israel dan orang asing yang tinggal bersama-sama mereka, mesti berpuasa dan tidak boleh bekerja.


Tetapi keturunan kamu akan mengakui dosa mereka dan dosa nenek moyang mereka yang melawan Aku dan memberontak terhadap Aku,


Aku akan berangkat dan pergi kepada ayahku lalu berkata begini: Ayah, saya sudah berdosa terhadap Allah dan terhadap ayah.


Kemudian umat Israel berseru kepada TUHAN. Mereka berkata, “Kami telah berdosa terhadap-Mu, ya Allah, kerana kami meninggalkan Engkau lalu menyembah dewa-dewa Baal.”


Tetapi umat Israel berkata kepada TUHAN, “Kami telah berdosa. Lakukanlah apa saja kepada kami, asal Engkau menolong kami hari ini.”


Setelah malaikat itu berfirman demikian, semua orang Israel menangis dengan kuat.


Sekali lagi umat Israel pergi ke Betel dan menangis di hadapan TUHAN. Mereka berpuasa di sana sehingga malam. Mereka mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN dan korban untuk menyenangkan hati TUHAN.


Roh TUHAN menguasai Otniel, dan dia menjadi pemimpin umat Israel. Otniel pergi berperang, dan TUHAN memberi dia kemenangan atas raja Mesopotamia.


Hana menjawab, “Tuan, saya tidak mabuk. Saya tidak minum wain. Saya putus asa, dan saya sedang berdoa untuk meluahkan isi hati kepada TUHAN.


Kemudian Samuel memanggil umat Israel berkumpul di hadapan TUHAN di Mizpa.


Kemudian mereka berseru minta tolong kepada TUHAN, dan berkata, ‘Kami sudah berdosa kerana kami membelakangi Engkau, ya TUHAN, dan menyembah patung-patung Dewa Baal dan Asytoret. Sekarang, selamatkanlah kami daripada musuh, maka kami akan mengabdi kepada-Mu!’


Samuel memerintah Israel seumur hidupnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan