Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 7:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Selepas itu Samuel berkata, “Kumpulkanlah segenap umat Israel di Mizpa. Kemudian aku akan berdoa untuk kamu di situ.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Kata Samuel, “Kumpulkanlah semua orang Israel di Mizpa. Aku hendak berdoa kepada TUHAN untuk kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Selepas itu Samuel berkata, “Kumpulkanlah segenap umat Israel di Mizpa. Kemudian aku akan berdoa untuk kamu di situ.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 7:5
18 Iomraidhean Croise  

Tetapi sekarang, kembalikanlah wanita itu kepada suaminya. Suaminya seorang nabi, dan dia akan berdoa untukmu supaya engkau tidak mati. Tetapi jika engkau tidak mengembalikannya, ingat, engkau dan segenap rakyatmu akan mati.”


Laban berkata juga, “Semoga TUHAN mengawasi kita selama kita hidup berjauhan.” Itulah sebabnya tempat itu dinamakan juga Mizpa.


Apabila para pegawai tentera dan askar Yehuda yang belum menyerah kepada orang Babilonia mendengar hal itu, mereka bergabung dengan Gedalya di Mizpa. Para pegawai itu ialah Ismael anak Netanya, Yohanan anak Kareah, Seraya anak Tanhumet dari kota Netofa, dan Yazanya dari Maakha.


Pada hari kedua puluh empat bulan itu juga, umat Israel berkumpul. Mereka berpuasa untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka. Mereka sudah memisahkan diri daripada semua orang bangsa asing. Mereka memakai kain guni dan menaruh debu di atas kepala sebagai tanda bersedih. Kemudian mereka berdiri dan mengakui segala dosa mereka dan dosa nenek moyang mereka.


Aku pergi kepada Gedalya di Mizpa, dan tinggal bersama-sama rakyat yang masih di negeri itu.


Hai kamu imam-imam, dengarlah! Hai umat Israel, perhatikanlah baik-baik! Hai kamu anggota kerabat diraja, dengarlah! Kamulah yang seharusnya menghakimi dengan adil, tetapi kamu sendiri akan diadili! Kamu telah menjadi seperti perangkap di Mizpa, seperti jaring yang di pasang di Gunung Tabor,


Kumpulkanlah segenap rakyat, siapkanlah mereka untuk perhimpunan umat, bawalah orang tua, kumpulkanlah anak-anak dan bayi-bayi juga. Pasangan yang baru berkahwin pun mesti meninggalkan bilik, lalu datang.


Dilean, Mizpa, Yokteel,


Pada masa itu tentera Amon sedang bersedia untuk berperang dan sedang berkhemah di Gilead. Umat Israel berkumpul lalu berkhemah di Mizpa, di Gilead.


Segenap umat Israel dari Dan di sebelah utara, sampai ke Bersyeba di sebelah selatan, dan juga dari Gilead di sebelah timur, menyahut panggilan itu. Mereka berkumpul sebagai satu umat di hadapan TUHAN di Mizpa.


Kemudian Samuel memanggil umat Israel berkumpul di hadapan TUHAN di Mizpa.


Sekarang musim kemarau, bukan? Tetapi aku akan berdoa, lalu TUHAN akan menurunkan guruh dan hujan sebagai jawapan doaku. Apabila perkara itu berlaku, kamu akan sedar betapa besarnya dosa kamu terhadap TUHAN kerana minta seorang raja.”


Bagi diriku, berdosalah aku terhadap TUHAN jika aku tidak lagi berdoa untuk kamu; semoga TUHAN menghindarkan dosa itu daripadaku. Sebaliknya aku akan terus mengajar kamu hal-hal yang baik dan yang benar.


Kemudian Samuel mendirikan sebuah batu di sempadan antara Mizpa dan Sen. Dia berkata, “TUHAN sudah menolong kita dengan sepenuhnya.” Oleh itu dia menamakan batu itu “Batu Pertolongan.”


Tiap-tiap tahun dia mengadakan perjalanan keliling ke Betel, Gilgal, dan Mizpa. Di tempat itu dia menyelesaikan perkara-perkara perselisihan.


Oleh itu umat Israel membuang patung-patung Dewa Baal dan Dewi Asytoret, lalu menyembah TUHAN sahaja.


Samuel tidak suka dengan permintaan mereka itu, lalu dia berdoa kepada TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan