Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 7:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Oleh itu umat Israel membuang patung-patung Dewa Baal dan Dewi Asytoret, lalu menyembah TUHAN sahaja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Lalu orang Israel menyingkirkan para Baal dan Asytoret, dan mereka beribadat kepada TUHAN sahaja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Oleh itu umat Israel membuang patung-patung Dewa Baal dan Dewi Asytoret, lalu menyembah TUHAN sahaja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 7:4
11 Iomraidhean Croise  

Aku akan melakukan hal itu kerana Salomo telah menolak Aku dan menyembah dewa-dewa: Asytoret, dewi orang Sidon; Kamos, dewa orang Moab; dan Molokh, dewa orang Amon. Salomo tidak mentaati Aku. Dia tidak seperti bapanya Daud yang taat kepada-Ku dan melaksanakan perintah-Ku.


Raja Salomo menyembah Asytoret, dewi orang Sidon, dan Molokh, dewa menjijikkan yang dipuja orang Amon.


Jika di negeri itu mereka bertaubat dengan tulus dan ikhlas, dan berdoa kepada-Mu sambil menghadap ke arah negeri ini yang telah Engkau berikan kepada nenek moyang kami dan ke arah kota yang telah Engkau pilih, serta Rumah ini yang telah aku bina untuk-Mu,


Raja Yosia juga merobohkan tempat pemujaan di Betel, yang dibina oleh Raja Yerobeam anak Nebat, yang telah menyebabkan Israel berdosa. Raja Yosia merobohkan mazbah di tempat pemujaan itu. Baginda menghancurkan batu-batu mazbah itu, dan menumbuknya menjadi debu. Baginda juga membakar patung Dewi Asyera.


Kembalilah kepada TUHAN, dan biarlah doa ini menjadi persembahan kamu kepada-Nya: “Ampunkanlah segala dosa kami, ya TUHAN, dan terimalah doa kami. Lalu kami akan memuji Engkau sebagaimana yang telah kami janjikan.


Mereka akan kembali kepada-Ku dan hidup dalam perlindungan-Ku. Dengan pesat mereka akan bertambah makmur seperti gandum bertumbuh di ladang yang subur, dan seperti ladang anggur yang banyak hasilnya. Mereka akan terkenal seperti wain dari Lebanon.


Kemudian umat Israel berdosa terhadap TUHAN. Mereka tidak lagi menyembah TUHAN, Allah nenek moyang mereka, iaitu Allah yang telah membawa mereka keluar dari Mesir. Mereka mula menyembah Baal dan Asytoret serta dewa-dewa yang disembah oleh bangsa-bangsa di sekitar mereka. Oleh itu TUHAN murka kepada mereka dan membiarkan perompak menyerang serta merompak mereka. Mereka tidak berdaya menghadapi musuh di sekitar mereka.


Samuel berkata kepada umat Israel, “Jika kamu hendak kembali kepada TUHAN dan menyembah Dia dengan sepenuh hati, buanglah semua dewa asing dan patung-patung Dewi Asytoret. Serahkanlah diri kamu sepenuhnya kepada TUHAN dan mengabdilah kepada Dia sahaja. Barulah Dia akan membebaskan kamu daripada kuasa orang Filistin.”


Selepas itu Samuel berkata, “Kumpulkanlah segenap umat Israel di Mizpa. Kemudian aku akan berdoa untuk kamu di situ.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan