1 Samuel 7:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
3 Samuel berkata kepada umat Israel, “Jika kamu hendak kembali kepada TUHAN dan menyembah Dia dengan sepenuh hati, buanglah semua dewa asing dan patung-patung Dewi Asytoret. Serahkanlah diri kamu sepenuhnya kepada TUHAN dan mengabdilah kepada Dia sahaja. Barulah Dia akan membebaskan kamu daripada kuasa orang Filistin.”
3 Maka berkatalah Samuel kepada seluruh keturunan kaum Israel demikian, “Jika kamu berpaling kepada TUHAN dengan segenap hati, jauhkanlah tuhan asing dan segala patung berhala Asytoret dari tengah-tengahmu serta tujukan hatimu kepada TUHAN dan beribadatlah hanya kepada-Nya; maka Dia akan melepaskan kamu daripada tangan orang Filistin.”
3 Samuel berkata kepada umat Israel, “Jika kamu hendak kembali kepada TUHAN dan menyembah Dia dengan sepenuh hati, buanglah semua dewa asing dan patung-patung Dewi Asytoret. Serahkanlah diri kamu sepenuhnya kepada TUHAN dan mengabdilah kepada Dia sahaja. Barulah Dia akan membebaskan kamu daripada kuasa orang Filistin.”
Kemudian Yakub berkata kepada keluarganya dan kepada semua orang yang ada bersama dengan dia, “Kita akan berangkat dari sini dan pergi ke Betel. Di sana aku akan membina sebuah mazbah bagi Allah yang telah menolong aku pada masa kesukaran, dan yang menyertai aku ke mana sahaja aku pergi. Buanglah patung dewa-dewa asing yang ada pada kamu; lakukanlah upacara penyucian diri dan pakailah pakaian yang bersih.”
Aku akan melakukan hal itu kerana Salomo telah menolak Aku dan menyembah dewa-dewa: Asytoret, dewi orang Sidon; Kamos, dewa orang Moab; dan Molokh, dewa orang Amon. Salomo tidak mentaati Aku. Dia tidak seperti bapanya Daud yang taat kepada-Ku dan melaksanakan perintah-Ku.
Jika di negeri itu mereka bertaubat dengan tulus dan ikhlas, dan berdoa kepada-Mu sambil menghadap ke arah negeri ini yang telah Engkau berikan kepada nenek moyang kami dan ke arah kota yang telah Engkau pilih, serta Rumah ini yang telah aku bina untuk-Mu,
Raja Yosia juga merobohkan tempat pemujaan di Betel, yang dibina oleh Raja Yerobeam anak Nebat, yang telah menyebabkan Israel berdosa. Raja Yosia merobohkan mazbah di tempat pemujaan itu. Baginda menghancurkan batu-batu mazbah itu, dan menumbuknya menjadi debu. Baginda juga membakar patung Dewi Asyera.
Oleh itu, hendaklah kamu mengabdikan diri kepada TUHAN Allah kamu dengan segenap hati dan segenap jiwa. Mulalah membina rumah untuk TUHAN supaya Tabut Perjanjian-Nya dan semua perkakas lain yang digunakan khas untuk ibadat dapat disimpan di situ.”
Lalu kepada Salomo, Raja Daud bertitah, “Hai putera beta, hendaklah Allah yang disembah ayahandamu, engkau akui sebagai Allahmu. Engkau harus mengabdikan diri kepada-Nya dengan tulus ikhlas dan rela hati, kerana Dia tahu akan segala fikiran dan keinginan hati kita. Jika engkau mencari Dia, engkau akan mendapatkan Dia, tetapi jika engkau meninggalkan Dia, Dia akan menolak engkau selama-lamanya.
Walaupun demikian, ada juga perbuatan baik yang tuanku lakukan. Tuanku telah membuang lambang-lambang Dewi Asyera yang disembah rakyat, dan tuanku telah berusaha melakukan kehendak Allah.”
“Ya TUHAN, Allah nenek moyang kami, demi kebaikan-Mu ampunilah mereka yang menyembah Engkau dengan segenap hati, walaupun mereka belum menyucikan diri.”
Biarlah orang jahat meninggalkan cara hidup mereka, dan mengubah jalan fikiran mereka. Biarlah mereka kembali kepada TUHAN, Allah kita, kerana Dia berbelas kasihan dan sentiasa sedia mengampuni.
Aku akan memberikan kemahuan kepada mereka untuk memahami bahawa Akulah TUHAN. Dengan demikian mereka akan menjadi umat-Ku, dan Aku menjadi Allah mereka, kerana mereka akan kembali kepada-Ku dengan sepenuh hati.
Apabila penduduk Yehuda mendengar tentang segala bencana yang hendak Kudatangkan kepada mereka, mungkin mereka akan berhenti berbuat jahat. Jika demikian, Aku pun akan mengampunkan kejahatan dan dosa mereka.”
Samaria harus dihukum kerana memberontak terhadap Aku. Rakyatnya akan mati dalam peperangan. Bayi akan dihempaskan sehingga hancur, dan perut wanita hamil dibelah.”
“Tidak seorang pun dapat menjadi hamba kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau dia akan setia kepada yang seorang dan menghina yang lain. Demikianlah kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan.
Kawasan mereka juga meliputi separuh daerah Gilead termasuk Asytarot dan Edrei, dua buah ibu kota kerajaan Raja Og di daerah Basan. Seluruh kawasan itu diberikan kepada separuh daripada keluarga-keluarga keturunan Makhir anak Manasye.
“Oleh itu,” kata Yosua, “hormatilah TUHAN dan mengabdilah kepada-Nya dengan ikhlas dan setia. Buanglah tuhan-tuhan lain yang disembah oleh nenek moyang kamu di Mesopotamia dan di Mesir dahulu. Mengabdilah kepada TUHAN sahaja.
Sekali lagi umat Israel berdosa terhadap TUHAN. Mereka menyembah Baal dan Asytoret serta dewa-dewa bangsa Siria, Sidon, Moab, Amon, dan Filistin. Mereka meninggalkan TUHAN dan tidak lagi menyembah Dia.
Kemudian umat Israel berdosa terhadap TUHAN. Mereka tidak lagi menyembah TUHAN, Allah nenek moyang mereka, iaitu Allah yang telah membawa mereka keluar dari Mesir. Mereka mula menyembah Baal dan Asytoret serta dewa-dewa yang disembah oleh bangsa-bangsa di sekitar mereka. Oleh itu TUHAN murka kepada mereka dan membiarkan perompak menyerang serta merompak mereka. Mereka tidak berdaya menghadapi musuh di sekitar mereka.