Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 7:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Lama juga Tabut Perjanjian TUHAN berada di Kiryat-Yearim, kira-kira dua puluh tahun. Selama itu segenap umat Israel berseru minta tolong kepada TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Maka lamalah tabut itu berada di Kiryat-Yearim, iaitu selama dua puluh tahun lalu dalam tempoh itu seluruh keturunan kaum Israel meratap dan rindu akan TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Lama juga Tabut Perjanjian TUHAN berada di Kiryat-Yearim, kira-kira dua puluh tahun. Selama itu segenap umat Israel berseru minta tolong kepada TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 7:2
13 Iomraidhean Croise  

Kemudian kita akan pergi mengambil Tabut Perjanjian Allah, yang telah diabaikan selama pemerintahan Raja Saul.”


Oleh itu Raja Daud mengumpulkan rakyat Israel dari seluruh negeri, dari sempadan negeri Mesir di selatan sampai ke Genting Hamat di utara, untuk mengambil Tabut Perjanjian dari Kiryat-Yearim dan memindahkannya ke Yerusalem.


Seorang lelaki lain yang bernama Uria anak Semaya dari Kiryat-Yearim, juga pernah berucap demi nama TUHAN untuk menentang kota dan bangsa ini, seperti yang dilakukan oleh Yeremia.


Hanya mengakulah bahawa engkau bersalah dan telah memberontak terhadap TUHAN, Allahmu. Mengakulah bahawa di bawah setiap pokok hijau engkau telah mencurahkan cintamu kepada tuhan-tuhan bangsa lain, dan tidak mentaati perintah-Ku. Aku, TUHAN telah berfirman.


Sambil menangis umat-Ku akan kembali, mereka berdoa semasa Aku memimpin mereka pulang. Aku memimpin mereka ke anak-anak sungai, melalui jalan rata supaya mereka tidak tersandung. Aku seperti seorang bapa kepada Israel, Efraim ialah anak-Ku yang sulung.”


Berbahagialah orang yang bersedih hati, Allah akan menghiburkan mereka!


Oleh itu orang Israel berangkat dan tiga hari kemudian mereka sampai di kota-kota semua orang itu: kota Gibeon, Kefira, Beerot, dan Kiryat-Yearim.


Setelah malaikat itu berfirman demikian, semua orang Israel menangis dengan kuat.


Kemudian penduduk Kiryat-Yearim mengambil Tabut Perjanjian TUHAN dan membawanya ke rumah seorang yang bernama Abinadab; rumah itu terletak di atas bukit. Mereka mentahbiskan Eleazar anak Abinadab untuk menjaga Tabut Perjanjian.


Samuel berkata kepada umat Israel, “Jika kamu hendak kembali kepada TUHAN dan menyembah Dia dengan sepenuh hati, buanglah semua dewa asing dan patung-patung Dewi Asytoret. Serahkanlah diri kamu sepenuhnya kepada TUHAN dan mengabdilah kepada Dia sahaja. Barulah Dia akan membebaskan kamu daripada kuasa orang Filistin.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan