Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 7:14 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Semua kota Israel yang telah ditaklukkan oleh orang Filistin, dari Ekron sampai Gat, dikembalikan kepada Israel. Dengan itu Israel mendapat kembali seluruh wilayah mereka. Orang Israel dan orang Amori pun hidup dengan damai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

14 dan kota-kota yang diambil orang Filistin daripada Israel mulai Ekron sampai Gat, berbalik semula ke tangan Israel, dan orang Israel merebut daerah sekitarnya daripada tangan orang Filistin. Pada waktu itu, orang Israel hidup berdamai dengan orang Amori.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Semua kota Israel yang telah ditaklukkan oleh orang Filistin, dari Ekron sampai Gat, dikembalikan kepada Israel. Dengan itu Israel mendapat kembali seluruh wilayah mereka. Orang Israel dan orang Amori pun hidup dengan damai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 7:14
8 Iomraidhean Croise  

Beberapa waktu kemudian, Raja Daud menyerang dan mengalahkan orang Filistin, serta merebut kota Gat dan pekan-pekan di sekitarnya.


Bangsa-bangsa lain tidak dimusnahkan mereka seperti yang diperintahkan TUHAN.


Orang Amalek tinggal di bahagian selatan tanah itu; orang Het, orang Yebusi, dan orang Amori tinggal di kawasan perbukitan; orang Kanaan tinggal di kawasan pantai Laut Tengah dan di sepanjang Sungai Yordan.”


Binasakanlah semua bangsa yang diserahkan oleh TUHAN, Allah kamu ke bawah kuasa kamu, dan jangan kasihani mereka. Jangan sembah tuhan-tuhan mereka, kerana perbuatan itu akan mendatangkan bencana.


Apabila TUHAN, Allah kamu menyerahkan bangsa-bangsa ini kepada kamu, dan kamu mengalahkan mereka, kamu mesti membunuh mereka semua. Jangan ikat perjanjian dengan mereka, dan jangan kasihani mereka.


Kelima-lima orang raja Amori itu, iaitu raja dari Yerusalem, Hebron, Yarmut, Lakhis, dan Eglon datang dengan semua tentera mereka, lalu mengepung dan menyerang Gibeon.


Dari situ sempadan itu menuju ke bukit di sebelah utara Ekron, membelok ke arah Sikron, melalui Gunung Baala sampai ke Yabneel. Sempadan itu berakhir di Laut Tengah,


Sementara itu Sisera melarikan diri ke khemah Yael, isteri Heber, orang Keni itu, kerana Raja Yabin dari Hazor, bersahabat dengan keluarga Heber.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan